Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday, 20 April 2012

E-BOOK : APA KATA IBUBAPA DI KAMPUNG


“Kalau BN kalah dalam pilihanraya ni, e-book tadok dah, tak kan PAS nak beri” Itulah kata-kata yang sepontan yang keluar dari ibubapa semasa majlis penyampaian e-book di Kemaman untuk tahun 4 bagi tahun 2012. Apakah kita sedar dengan maklumat yang diberikan telah menyedarkan orang kampung tentang hukum hakam apabila mengundi? Bagi penulis, orang kampung masih jauh lagi ketinggalan pandangannya. Bagi mereka-mereka ini TV adalah maklumat yang tepat dan telus. Jikalau ustaz-ustaz yang berkuliah di masjid atau di surau, orang kampung akan terima sekiranya perkara itu membawa kebaikan fizikal sahaja. Contohnya marilah kita membaca Al Quran, tahlil, solat hajat, solat jenazah, berzanji, maulidur rasul, maal hijrah, nisfu syaaban, tarawih, solat hariraya dan ziarah kubur.

Ungkapan seperti inilah yang membawa kekalahan parti Islam setiap kali pilihanraya. Orang kampung pentingkan hartabenda sahaja. Ukuran kebendaan inilah yang merosakan jiwa masyarakat. Bertuhankan manusia dan berhambakan kepada harta. Ugutan demi ugutan akan diterima oleh orang kampung sekiranya menyokong parti Islam. Apakah dengan ugutan tidak dapat wang eshan, dana pendidikan, dana anak sekolah, dana hariraya, dana itu ini akan memberi perpaduan dalam masyarakat kampung?

Perkara ugutan inilah menjadi perpecahan dalam masyarakat kampung. Bukannya kerana parti. Berlainan parti sama juga dengan berlainan bangsa, agama dan kebudayaan. Mengapa kerana parti kita zahirkan akan perpecahan masyarakat? Perpecahan masyarakat berlaku kerana kelakuan peminpin yang bertopengkan perangai zalim dibelakang. Peringkat JKKK lah paling teruk sekali yang membawa perpecahan dalam masyarakat setempat.
Jika kita amalkan siapa susah kita bantu. Perpecahan dalam masyarakat tidak akan berlaku. Tetapi apa boleh kita lakukan sekirannya kroni dan kaum kerabat sahaja yang diambil kira. Maka ketidakpuasan hati akan berlaku. Disinilah mula serangan bermasam muka dan pulau memulau antara satu sama lain. Siapa yang yang bertanggungjawab? Adakah kerana parti?

Berbalik kepada persoalan awal, pemberian e-book. Adakah dikira penting e-book kepada pelajar yang berumur 4 tahun? Jika kita berbincang secara ilmian dari sudut pengajian dan pengetahuan kepada pelajar, adakah perkara ini mendatangkan kebaikan? Penulis bimbang perkara ini berlaku diperingkat kampung yang sememangnya suka kepada perkara diluar adat pembelajaran. kita pelihat disekeliling, budak-budak yang berumur 10 tahun sudah pandai chating facebook dengan menonjolkan kehidupan sosial yang tidak bermoral sesama mereka. Ini kehidupan dikampung. Sebab itulah penulis amat ngeri sekali dengan cara pembelajaran e-book yang 50-50 ada baik dan keburukannya.
Dan kepada ibubapa yang berpeluang mendapatkan e-book untuk anaknya, sememangnya anda tidak tahu menggunakannya. Cuma sekadar terima kasihlah BN. Hidup UMNO. Hidup Melayu. 1 Malaysia. Itulah orang kampung.

Pejuanganmu … wahai orang kampung, kamu masih ketinggalan kebelakang. Maka bangkitlah pemikiranmu agar pandai berpolitik dan bermasyarakat jangan sampai berpecah belah. Harta kerajaan adalah harta rakyat dan perlulah pembahagian sama rata dan adil. Bukannya harta kerajaan untuk parti tertentu sahaja serta untuk krooni dan kaum kerabat sahaja. Persoalan inilah perlu ada pedebatan semua parti politik dan disiarkan kepada umum untuk nilaian rakyat.

Sebelum ini pemberian wang eshan dan BR1M. Orang-orang kampung sememangnya tidak peka dengan kejadian jenayah, harga barang naik dan kesusahan hidup untuk mendapatkan tanah tapak rumah dan pertanian. Seolah-olah apa yang diberikan kepadanya adalah harta parti BN. Kerajaan itu hak parti BN sahaja.

Bukalah minda wahai orang kampung. Berpolitiklah cara yang betul, ikut contoh politik singapura yang paling hampir dengan kita. Jika kamu menolak politik cara nabi.

Admin SKJ


No comments:

Post a Comment