Setengah orang KUTUK saya sebab sertai BERSIH 3.0 Cuba kongsi pengalaman apa yang sebenarnya berlaku di sana pun, saya dipersendakan.
Kononnya baru
kena tear-gas, dah kecoh. Orang lain kena tembak live-bullet & bom
phosphorus di Palestin, tak kecoh macam Bersih (walhal diaorang ni setakat
sedut asap rokok je, tak pernah rasa tear-gas CS yang dinaikkan isipadunya) Malahan, ada yang
kutuk duduk rumah lagi baik. Bersih 3.0 adalah satu perbuatan yang sia-sia.
menyusahkan diri sendiri saja & segala tuntutan kononnya wujud penipuan
& manipulasi dalam pilihanraya TIDAK AKAN DILAYAN pun...
JAWAPAN SAYA
ADALAH SEPERTI DI BAWAH... Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda
dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air
dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar.
Itulah yang
dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang
lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung
kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah
yang lain. 'Aku mahu membantu Nabi Ibrahim.
Aku mahu
padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,' jawab burung pipit. 'Macam mana kamu
mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang
kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan
terpadam dengan air yang kau siramkan itu.
Sia-sia saja
usaha kamu itu,' kata burung lain pula. Lalu dijawab oleh burung berkenaan :
'Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada
Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk
agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api
itu atau pun tidak.
' SAYA YAKIN
USAHA KAMI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA, SEKADAR BERHIMPUN DENGAN AMAN, BANGKIT
BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN TANAHAIR... TAPI IA SUDAH CUKUP MENGGERUNKAN
KERAJAAN HINGGA SANGGUP MENGARAHKAN POLIS UNTUK BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI...
SEKURANG-KURANGNYA JIKA DITANYA ALLAH SWT. KAMI SUDAH PUN MENENTANG KEMUNGKARAN
TERSEBUT & MEMBANTAH RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU SEDIKIT PUN...
Sehingga kini belum ada suara yang berbunyi mengenai kehadiran Marina Mahathir, anak mantan Presiden UMNO selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad di himpunan aman BERSIH 3.0...saya cabar supaya mana-mana balaci UMNO labelkan segera Marina Mahathir sebagai pengkhianat negara, dihalau keluar dari tinggal dinegara ini serta mohon darjah kebesarannya ditarik balik....
No comments:
Post a Comment