Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 8 April 2012

Bahagia Dengan Tiga Orang Isteri ?

 

Saya kenal dengan seorang ini dah masuk 5 tahun. Lelaki 40-an ini tak suka banyak cakap dan nampaknya macam orang jujur. Hidup dia sederhana, cukup makan dan pakai tapi bukan mewah atau boros. Dari segi warak atau alim dari segi pakaian dan penampilan, tidaklah juga. Yer le, saya perlu juga cerita pasal diri dia, dia ni biasa saja.

 Tapi selama ini tak pernah pula saya tanya pasal peribadi dia iaitu pasal 3 orang isteri dia. Dia ini kerja swasta, gaji dalam 3,000, anak ada 7 orang semuanya.

Macam Mana Tahu Ada 3 Isteri

Kalau dua isteri pun jarang-jarang nak jumpa, yang ada 3 isteri, lagilah payah nak jumpa. Saya mulanya tak tahu dia ini ada isteri lebih pada satu, sehinggalah satu hari tu....

 Satu hari tu, kawan saya tanya, ada nampak orang ni tak. Saya pun tanya, sapa tu ? Yer le, kebetulan nama macam dia ada 3 orang kawan saya. Kawan saya kata 'Osman Tiga' (Osman tu bukan nama sebenar).

Lepas tu saya tanya balik, Osman Tiga ni yang mana satu dalam ramai-ramai Osman tu. Dia kata, yang isteri tiga tu. Maka hari tu saya tahulah, si Osman ni ada 3 isteri. Tapi Osman, bukan nama sebenarnya, yerle, takut isteri orang nama Osman ni cari saya nanti.

Tanya Pengalaman Orang Kawin Lebih

Beberapa hari lepas, kebetulan saya jumpa kawan ni di sebuah kedai mamak. Maka lepas habis satu topik, masuklah topik pasal kawin lebih ni. Antara soalan saya yang pembukaan, begini...

"Macammana pengalaman kawin tiga ni ". Tanya saya.

Tahu apa dia jawab..

"Ustaz, saya ni tak ada masalah kalau orang tanya pengalaman saya pasal kawin tiga ni. Alhamdulillah, bahagia. Jadi kalau ada orang tanya saya, kalau boleh saya nak betulkan tanggapan orang yang pandang serong pada orang kawin lebih ni ". Kata dia.

"Bahagia ? Tak ada gaduh ? Isteri pertama boleh terima dimadu ?" Tanya saya, menjadikan cerita semakin menarik dan semakin minat nak didengar.

"Alhamdulillah ustaz, tak ada gaduh. Akan datang ni mintak jauhlah ustaz perkara yang kita tak jangka. Setakat ini alhamdulillah". Kata dia.

"Betul ker tak ada gaduh ? Boleh terima cara baik ?". Tanya saya, sebab macam tak percaya pun ada.
(Okey, kita berhenti sekejap pasal perbualan ini, nanti sambung.

Latangbelakang Lelaki dan Isteri-isteri Dia

Lelaki ni 40-an kerja swasta. Isteri pertama 40-an tak kerja dah kawin dalam 20 tahun, isteri kedua 30-an kerja kilang dah kawin dalam 7 tahun. Manakala isteri ketiga 20-an, baru kawin dalam 2 tahun, kerja jurujual. Semua anak dia dengan 3 isteri ini adalah 7 orang, ramai yang dah sekolah.

Duduk Rumah Di mana ?

Isteri pertama dia  duduk di sebuah rumah flat sederhana rendah tingkat satu. Rumah ini suami belikan untuk isteri secara ansuran bank. Suami tak pernah tak bayar bank setiap bulan.

Isteri kedua pula duduk di taman dan blok yang sama iaitu tingkat tiga. Rumah ini suami yang beli lelong bank, suami yang bayar tiap bulan.

Manakala isteri ketiga dia duduk di taman sebelah, rumah flat kos rendah, tak lebih 1 km dari rumah isteri pertama dan kedua. Rumah ini disewa dan suami bayar sewa tiap bulan.

Maknanya, semua rumah untuk ketiga-tiga isteri ini, suami yang bayar.

Bagaimana Giliran Tidur

"Saya pusinglah ustaz. Hari pertama rumah isteri pertama, hari kedua isteri kedua, hari ketiga isteri ketiga, kemudian pusing balik semula, begitulah seterusnya dah beberapa tahun". Jawab dia dengan selambanya.

Apa Rahsia Boleh Bahagia ?

Lepas saya dengar cerita dia bahagia dengan isteri dia dan anak-anak, maka betullah apa yang dia cerita dan bukan rekaan saja tetapi dialaminya betul. Bersama dengan 3 isteri dalam satu kereta itu perkara biasa, makan bersama pun biasa.

Sehingga dia cerita, isteri ketiga baru dapat anak kecil. Masa isteri ketiga bekerja, isteri ketiga dia hantar anak ke rumah isteri pertama jagakan. Begitulah baiknya keluarga ini. Kemudian saya tanya satu soalan lagi.

"Sebenarnya, apa rahsianya sehingga boleh hidup  macam ni, semua isteri tak gaduh ?". Tanya saya.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment