Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 11 December 2011

SAMA-SAMA KITA AMATINYA

Beras 5kg, gula, minyak masak, tepung gandum, teh, mee hon,  dan lain-lain lagi barang keperluan dapur yang diperlukan untuk sumbangan kepada golongan fakir miskin di kawasan sekitar kampung Jaya. Bulan November 2011 mencatatkan hanya 3 beg beras 5kg sahaja yang jemaah sumbangkan. Dan pada bulan Disember 2011 setakat ini hanya 3 beg beras 5kg yang terkumpul. Oleh itu pihak SKJ merayu kepada yang berpendapatan untuk menghulurkan 2 beg beras 5kg setiap bulanan oleh jemaah. Beras 5kg hanya berharga RM14 sahaja. Jika diberikan secara bulanan oleh jemaah, jemaah hanya berbelanja RM28 sahaja. Bagi pihak SKJ, jemaah masih mampu memberikan sejumlah itu.

keluarkanlah sedikit wang anda untuk keberkatan. Golongan fakir miskin perlukan sumbangan daripada anda semua. Jadikanlah kita sebagai golongan yang sentiasa dimurahkan rezeki serta diberkati oleh Allah SWT. Purata jemaah kita yang hadir ke surau setiap malam sekitar 150 orang. Kita hanya memerlukan sumbangan beras 5kg sebanyak 100 beg setiap bulanan sahaja. Apakah kita tidak mampu lakukan?

Bermewah-mewahan

Jaga nafsu "janda Ais?"

Hidangan nasi kandar penang?

No comments:

Post a Comment