Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 21 December 2011

AKTIVITI GOTONG ROYONG DI SURAU

21 Dis 2011 Rabu jam 10 malam projek bermula lagi. Projek malam ini adalah hari penyudah aktiviti membuat grail dan tukul kawah. Sebelum itu AJk dan Jemaah menziarah arwah Ishak dirumahnya dan solat jenazah di Surau An Nur, Kampung Jaya. Projek berakhir pada jam 1 pagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek grail dan tukul kawah. JazakaAllah.

Kelas PASTI berhawa dingin untuk anak kita yang belajar disini.

Tukul kawah berjaya disiapkan 9 biji. Dan kepada Jemaah yang ada kelapangan pada pagi 26 Dis 2011 Isnin, diminta datang ke surau untuk program kacau bubur sura. InsyaAllah program kacau bubur sura akan disertai juga program menziarah fakir miskin di kawasan sekitar. Target 50 buah keluarga akan diziarah oleh jemaah nanti. Sama-samalah kita hulurkan barangan dapur untuk mereka ini.

No comments:

Post a Comment