Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 24 December 2011

KEHIDUPAN SEKARANG DI BUMI TERENGGANU

Adakah kita tidak mengalir air mata apabila melihat sahabat kita didalam kesusahan? Inilah kehidupan yang bertambah susah. Apabila Allah SWT menurunkan balanya. Wajarkah peminpin sekarang bersukaria di padang meraikan program kacau bubur sura? Sedangkan rakyat menderita kepayahan mencari sesuap nasi? Sebab itulah program di surau ataupun di masjid perlu diutamakan oleh peminpin. Disinilah tempat umat Islam mengenal dan mempelajari ilmu tauhid. Bukannya di padang semasa program peminpin bertemu dengan rakyat.

Sedarlah wahai sahabatku sekian, waktu kita sudah hampir untuk Allah memberi kemenangan kepada gerakan Islam. Jangan sesekali kita berpatah semangat dalam pejuangan. Ayuh bangkitlah wahai anak muda, sudah lama kamu berseronok di atas jalan raya. Sudah lama kamu angkat tayar hadapan. Kini tiba giliran kamu pula mengangkat bendera Islam.

Kepada peminpinku, ayuh laksanakan tugasmu. Jangan biarkan rakyat menderita atas kemiskinan yang dalam kerakusan peminpin terdahulu tamak haloba atas kuasanya. Berilah hasil bumi rezeki Allah kepada mereka yang berhak. Kembalikan kegemilangan Islam di bumi Malaysia ini.

Sesungguhnya orang yang sentiasa bangun malam dan menunaikan solat tahjud, berzikir serta berwirid dan berdoa kepada Allah SWT memohon kemenangan Islam. InsyaAllah Allah akan menolongnya. Yakin dan percayalah janji Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya janji Allah dan Rasulnya akan tiba apabila hati kita berserah hanya Allah SWT berkuasa atas segala-galanya.

Sesungguhnya bala Allah sangat dahsyat untuk dihuraikan. Janganlah diundang bala bencana, malapertaka. Kerana kita tidak mampu menanggungnya. Kesusahan mencari rezeki, kepayahan mendapat sumber makanan adalah bala daripada Allah. Allah telah tutup pintu rezekinya dan menambahkan bala kezaliaman berluasa dengan merompak, menyamun, merogol, membunuh dan berbagai-bagai bentuk kesusahan yang ditimba kepada umat Nabi diakhir zaman sebagai balasan yang ingkar akan arahannya melaksana apa yang disuruh didalam Al Quran.

No comments:

Post a Comment