Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 18 December 2011

RM500


oleh Jofri Jaraiee

Sekarang rakyat Malaysia kecoh dengan pemberian wang sebanyak RM100 dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut

Mengenai bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah seharusnya diberi secara sistematik.

Lebih baik lagi kerajaan memberi bantuan buku teks atau pun buku latihan percuma kepada setiap pelajar sekolah yang berkenaan.

Dengan adanya bantuan buku teks percuma ibu bapa dan pelajar tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mendapat borang tersebut.

Apabila buka saja sesi persekolahan tahun hadapan pelajar sudah sedia dengan buku teks tersebut tanpa perlu membeli di kedai-kedai buku.

Ini dapat mengelakkan penyalahgunaan wang sebanyak RM100 kepada pelajar tersebut.

Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 sepatutnya diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang.

Mungkin ada penduduk dari luar bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM500.

Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.

Kita cadangkan kepada pemerintah supaya mengambil semua aspek perancangan dengan teliti sebelum sebarang perancangan dilaksanakan.

Perancangan yang tidak teratur mengakibatkan rakyat jadi kecoh dan kelam kabut hanya untuk mendapat sedikit bantuan.

Kita sarankan segala bantuan seperti yang tersebut seharusnya diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan bukan hanya kepada golongan tertentu saja.

Bantuan RM100 sepatutnya digantikan dengan buku teks percuma dan BR1M adalah lebih baik digantikan dengan sijil simpanan memandangkan bantuan tersebut berbentuk 'hanya sekali'.

Wang tersebut hanya boleh diguna dalam berapa hari saja sedangkan kalau dilaburkan dalam bentuk sijil simpanan sekurang-kurangnya dapat digunakan apabila ada keperluan dan sudah pasti ada sedikit keuntungan dari hasil simpanan tersebut.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat pengurusan yang tidak cekap.

Hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas dan perihatin saja yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja.

Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak.

No comments:

Post a Comment