Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 6 December 2011

PAS TERENGGANU LANCAR RAKAN KHIDMAT





















 

Kuala Terengganu, 2hb. Disember - Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mengadakan majlis perlancaran 'Rakan Khidmat' - Khidmat Untuk Semua pada petang tadi di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
Perasmian perlancaran telah disempurnakan oleh YB Dato Seri' Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan dianggarkan seramai 1,200 sukarelawan dan sukarelawati dari seluruh Terengganu telah hadir.
Turut bersama pada majlis yang julung kalinya diadakan di Peringkat Negeri Terengganu ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Cikgu Haji Hussin Ismail.
(Gambar - dari kiri ; Haji Yahaya Ali, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Cikgu Haji Hussin Ismail sebelum upacara perasmian bermula).
Pada majlis tersebut, Alfadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Penasihat PAS Negeri Terengganu telah menyerahkan Watikah Perlaksanaan kepada semua Ketua Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan - Kawasan sebagai akujanji untuk meneruskan gerak kerja seterusnya di peringkat PAS Kawasan masing - masing.
Sementara itu, YB Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menegaskan perlancaran Rakan Khidmat - Khidmat Untuk Semua ini adalah kesinambungan dari salah satu manifesto PAS yang akan ditawarkan kepada seluruh rakyat Terengganu untuk PRU Ke-13 nanti iaitu Membangun Negara Berkebajikan.
Acara simbolik penyerahan balang gas memasak kepada wakil - wakil lujnah dari PAS Kawasan - Kawasan juga telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri.

No comments:

Post a Comment