Selalu saya
cerita dalam kuliah saya, waktu baru-baru balik dulu, ramai dari kalangan UMNO
agak bersikap keras dengan saya dan begitulah juga disebaliknya. Salah seorang
ahli UMNO yg dah berusia dan hartawan (Allahyarham) pernah dengan keras
mengeluarkan kata2 " orang melayu jadi bangsat disebabkan orang macam
ustaz lah". saya ambil pendekatan mendiamkan diri sebab dia terlalu tua,
saya berumur 29 thn dan dia sekitar 72 tahun pada masa tu. Lebih kurang empat
tahun selepas itu, agak lama saya tidak berjumpa dengannya, tiba-tiba 2 orang
anak lelakinya datang kerumah, " ustaz! ayah sakit teruk ni, dah 4 bulan
lebih dok hospital, dia pesan suruh ustaz datang" , saya angguk dan esok
saya ke HTAA, ziarah dia diWad 'firstclass' " Ustaz! saya minta maaf
banyak atas segala salah silap saya, minta tolong ustaz solat hajat moga saya
sempat sembuh, dan saya bernazar, kalau saya sembuh, saya nak derma kat pondok
ustaz sebanyak 50 ribu, ust doalah ye" ..ye lah kata saya, malam tu saya
solat hajat. Pagi-pagi esok anaknya talipon saya bagitau " Ustaz! ayah dah
meninggal subuh tadi" ..Innnalillahi wainna ilahi raaji'un..dalam hati
saya " aku ni salah baca doa ke?.. begitulah takdir, Allah SWT tak izinkan
dia hidup dan duit 50 k pun takde lah..takde rezeki..apapun semua salah dan
silapnya jika ada telah pun saya maafkan waktu dia masih hidup lagi.
No comments:
Post a Comment