Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 10 June 2012

Buah tempatan sebagai rujukan

 

Buah Manggis
"Jika Hati Manusia Sejujur Buah Manggis, Pasti Hidup Manusia Akan Aman Kerana Buah Manggis Tidak Pernah Menipu Tentang Isi Di Dalamnya. Sebanyak Mana Tampok Di Belakang Buah Manggis Sebanyak Itulah Isinya. Jika Hati Manusia Sebersih Buah Manggis Pasti Dunia Ini Akan Tenteram Kerana Seburuk-Buruk Luaran Kulit Buah Manggis Tetapi Isi Di Dalamnya Sangat PUTIH dan BERSIH"
Buah Machang
Tergolong kalangan orang munafik. Diluar sudah diragui kerana kulitnya kurang menarik tidak bercahaya. Nur keimanannya sudah luntur. Isinya akan ada kecacatan terutama buruk dan berulat. Walaupun baunya sewangi sekampung tetapi harganya jatuh menjunam. Sifat manusia seperti ini memang ramai dalam masyarakat kita sekarang. Berjanji manis bukan main lagi tetapi hampep!
Buah Durian
Sifat orang kedekut. Hartanya banyak dan berharga tetapi kedekut untuk memberi kepada fakir miskin dan orang yang dalam kesusahan. Sifat buah yang berduri kulitnya memberi makna kepayahan kepada hubungan silaturahim sesama manusia. Dan bertambah peritnya lagi, kulitnya akan melukai sesiapa sahaja yang ingin merasai isinya. Begitu jugalah orang yang pernah berdampingan dengan orang kedekut. Hartanya amat banyak dan bernilai, semua orang mengetahui dan heboh seluruh pelusuh memberi makna akan isinya memang hebat.
Kupasan daripada Ustaz Rahman Semayor.
Admin: Allah S.W.T. jadi buah-buah ini satu pengajaran yang amat berguna kepada manusia. Jadi fikirkanlah apakah kita tergolong dalam kalang mereka-mereka ini. 

No comments:

Post a Comment