Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 12 June 2012

Pilihan Wajib

 

Pada tahun lepas saya berjaya mendapatkan visa untuk mengerjakan haji, tetapi saya tangguhkan kerana kebimbangan berlakunya pilihanraya. Tahun ini saya memohon lagi dan saya bersedia untuk menangguhkannya jika sekirannya berlaku pilihanraya, sehingga ramai yang bertanya " kenapa?". saya bertanya kepada sahabat yang bertanya " Solat juga adalah rukun Islam, bagaimana sekiranya jika kita sedang solat, pada waktu itu kita mengetahui rumah kita dimasuki pencuri dan penyamun, hati kita penuh dengan kebimbangan terhadap harta dan nyawa kita dan anak-anak, apakah harus kita berhenti dari solat?. tiga orang sahabat saya semuanya mengangguk " ya" , kerana dah jelas hukum feqah begitu.

Saya kasihkan Agama saya,Negara saya, masyarakat saya,rakan saya dan keluarga saya, tak mungkin saya boleh menunaikan haji secara selesa jika sekiranya Negara saya terancam kerana diperintah oleh pemimpin yang telah terbukti mengkhianati Agama dan Negara saya?.. Saya sangat yakin dengan hadis Nabi " Ada dua golongan manusia, jika baik dia, baiklah manusia, jika jahat dia, maka jahatlah manusia" .Saya tidak sanggup untuk mendapat pemimpin yang akan memimpin negara, masyarakat dan keluarga saya dari kalangan mereka yang tidak taat kepada Allah SWT. Saya yakin sangat buruk implikasinya jika pemimpin begini menang didalam pilihanraya, kerana bukti yang sudah cukup jelas telah pun berlaku dihadapan mata. Berlaku penyelewengan terhadap harta negara, berlakunya penganjuran program yang boleh merosakkan kaum keluarga saya, berlakunya penghinaan terhadap Islam, gejala sosial semakin bertambah seperti kes pembuangan bayi, zina, pembunuhan dan statistik kelahiran anak luar nikah secara rasminya yg dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri ialah seramai 6 orang setiap satu jam. Saya yakin suasana ini akan bertambah teruk jika sekiranya pemimpin yang tidak beramanah dengan Allah berterusan menjadi pemerintah.

Sebagai seorang individu Muslim, saya sedar memilih pemimpin adalah merupakan tanggungjawap yang besar, kerana baik atau buruk natijahnya akan turut ditimpa keatas rakyatnya, bukan sahaja kepada masyarakat saya, rakan saya malahan sampai kepada anak-anak yang sangat saya kasihi juga berada diambang bahaya fitnah kesan daripada suasana negara saya yang semakin keji dan sentiasa mengarah kepada kejahatan. Sebagai ayah saya tidak mungkin mampu sepenuhnya untuk mendidik anak-anak dengan sempurna, saya sangat perlukan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang takut kepada Allah SWT, yang dapat membina suasana kerajaan yang mendorong rakyatnya untuk taat dan patuh kepada Allah SWT. Saya yakin suasana ini wujud jika sekiranya pemimpin yang takutkan Allah menjadi pemimpin dinegara saya.

Mengundi 5 tahun sekali, musim haji pada tiap-tiap tahun, dengan izin Allah SWT saya boleh menunaikan haji pada hadapan jika sekiranya saya tangguhkannya pada tahun ini. Saya yakin satu undi dari saya sangat memberikan makna kepada Agama,negara,masyarakat dan keluarga saya. Saya sedar bahawa saya akan disoal diakhirat tentang pemimpin yang dipilih, Haji adalah ibadat fardhiyyah saya, sementara mengundi pemimpin yang baik adalah bukan sahaja untuk maslahah diri saya, malahan agama, masyarakat dan keluarga saya.Saya sedar jika keadaan akan semakin buruk untuk 5 tahun akan datang jika Parti Islam kalah, kerana itu saya tidak akan melepaskan peluang untuk mengundi. Saya yakin menangguhkan haji kerana mengundi adalah untuk keperluan maslahah yang lebih besar yang dituntut didalam Agama Islam, maka saya sanggup, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment