Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Thursday, 7 June 2012

MELARANG ORANG MENDERMA


Ibrahim melarang rakyat menderma untuk lebuhraya...... Ada satu cerita menarik. Ini diceritakan oleh kawan aku. 20 tahun dulu. Ada seorang manusia tak nak bagi ambik tanah untuk orang kampung buat jalan. Katanya, "Jangan ambik tanah aku walau satu inci." maka orang kampung terpaksa membuat jalan tanpa mengambil bahagian tanahnya. Nasib baik jiran tanah bersebelahan bermurah hati membenarkan jalan yang bakal dibuat menggunakan tanah miliknya. Maka siaplah jalan untuk laluan penduduk kampung. Dalam 2 tahun lepas, manusia tadi ingin menanam semula getah, selepas proses tebang getah tuan empunya, maka orang kampung sepakat tidak membenarkan batang getah yang telah dipotong dibawa keluar menggunakan jalan tersebut. Kalau nak dibawa keluar juga terpaksalah manusia tadi menggunakan khidmat pengangkutan udara. Perkara ni sampai keperingkat laporan polis. tapi pegawai polis terpaksa akur dengan kehendak orang kampung. Ceritanya lagi. jentera yang digunakan untuk menebang dan mencuci tanah terbabit perlu membayar 'tol' kepada orang kampung untuk dibawa keluar. Hasilnya manusia tadi kerugian kerana tidak dapat menjual kayu getah yang telah ditebang........angkanya agak besar tapi tak ingat berapa.... KALAU ORANG YANG MELARANG ORANG MENDERMA UNTUK JALAN KEMUDIAN KITA TAK BAGI DIORANG MENGGUNAKAN JALAN TERSEBUT, BOLEH KE????

No comments:

Post a Comment