Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 6 May 2012

SPR, JPN Dan UMNO/BN Punca Wujudnya Bersih 1,2 & 3

 

Oleh: Tok Janggut

Setelah berbagai halangan, fitnah, ugutan dan hasutan dibuat oleh puak UMNO supaya rakyat tidak menyertai himpunan Bersih 3 baru-baru ini tetapi tidak dilayan dan dihiraukan malahan pertambahan jumlah rakyat yang bangkit bersama himpunan itu benar-benar mengganggu tidur puak UMNO sehinggakan ada yang melatah, meroyan dan mengigau serta meracau disiang hari dengan merekacipta fitnah seperti biasa bahawa himpunan itu bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, ingin mencetuskan huru hara dan ada pula ulama sampah mereka membuat fatwa yang dirujuk dari kitab perlembagaan UMNO bahawa haram hukumnya menentang kerajaan zalim, penipu, perasuah, perompak dan penindas seperti UMNO itu. Inilah antara ulama yang disebut dalam Quran yang akan masuk ke neraka dalam keadaan perut terburai nanti.

Apakah mereka semua yang mengutuk himpunan bersih 1,2 & 3 itu menyangka bahawa semua peserta itu suka-suka, untuk berseronok, saja-saja atau hanya untuk meramaikan bandar kota Kuala Lumpur itu? Sehinggakan sanggup meninggalkan kerja seharian, disimbah asid, ditembak dengan gas pemedih mata, dibelasah, diterajang, dipijak dan ada yang terpaksa masuk hospital itu? Apakah mereka yang menuduh dan menghina peserta bersih ini sebenarnya sudah buta hati, buta mata, pekak telinga kerana perut mereka selama ini telah disumbatkan dengan makanan dan minuman dari sumber yang haram dan subahat anugerah dari UMNO? Sepatutnya mereka bertanya, mengapa bersih itu diadakan apa sebenarnya tujuanya?

Apakah mereka ini tidak sedar atau pura-pura tidak tahu bahawa selama ini kita ditipu oleh UMNO dalam setiap pilihanraya dengan bantuan JPN dan SPR? Sejak zaman Mahathir berkuasa, UMNO menang pilihanraya dengan ccara tidak sah, menipu daftar pengundi, mengangkut rakyat asing sebagai pengundi dan seorang pengundi UMNO boleh mengundi lebih dari satu tempat. Apakah ini halal disisi Islam wahai tuan Mufti? Najib mencabar pembangkang berdepan dalam pilihanraya secara anak jantan. Siapa yang pondan selama ini? Apakah kemenangan Najib di Pekan itu secara sah atau menipu dengan manipulasi undi pos dari kem tentera dan rakyat luar yang dipindahkan ke kawasan Pekan itu? Pembangkang memang bertanding secara anak jantan sejak dulu hingga sekarang, tiada penipuan atau bantuan dari JPN dan SPR. UMNO itu sebenarnya yang pondan dan bacul!

Kecederaan polis dalam himpunan bersih diperbesar-besarkan tetapi tidak diceritakan apa puncanya yang menyebabkan polis itu cedera? Apakah polis diberikan lesen untuk membelasah rakyat yang tidak bersenjata, tidak melawan dan tidak berdosa tetapi apabila ada sebilanganya yang sudah tidak tahan cuba melawan sebagai mempertahankan diri tetapi dikata cuba menyerang polis dan ditangkap dan dibelasah lagi? Ini bermakna seolah-olah undang-undang negara kita ini tidak boleh rakyat membalas serangan atau kezaliman samada dilakukan oleh pihak polis atau dipihak pemerintah serta UMNO ke atas rakyat. Jika dibalas akan dituduh menentang penjawat awam dari menjalan tugas (polis), dituduh menderhaka dan ingin mengguling kerajaan. Ini undang-undang apa? Kerajaan apa? Puncanya, mengapa yang polis sedap-sedap dengan dengan begitu mudah untuk membelasah rakyat? Jenayah apa yang dilakukanya? Mengapa pemimpin negara dan puak UMNO yang kerjanya membalun harta rakyat, balun rasuah, roboh rumah Allah dan rampas tanah rakyat tidak dibelasah atau dipijak-pijak oleh polis?

Ingatlah, jika benar rakyat ingin menggulingkan kerajaan atau ingin menyerang polis, sudah pasti mereka tidak akan datang dalam perhimpunan itu dengan tangan kosong. Mereka boleh menyerang polis sebelum disembur air asid dan gas lagi. Mereka boleh berkumpul dalam 100 orang atau 200 orang untuk menyerang polis-polis yang sedang membelasah peserta bersih, jika mereka mahu. Dan kita boleh melihat mayat siapa yang banyak bergelimpangan atau memenuhi bilik-bilik ICU di hospital sekitar bandar Kuala Lumpur itu. Tetapi bukan itu tujuan mereka datang ke perhimpunan bersih 1,2 & 3 itu. Mereka berkumpul kerana sudah tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh UMNO dengan bantuan JPN dan SPR dalam setiap pilihanraya.

DSAI dijadikan sasaran kononya beliau agen Yahudi, kaki liwat. Apakah Najib itu bersih dan suci? Tuduhan terhadap DSAI tiada bukti, hanya rekaan tetapi tuduhan terhadap Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, rasuah pembelian kapal selam dan banyak lagi jika disiasat yang boleh meranapkan dan menggadaikan negara tidak pula diambil peduli? Rakyat jenis apa semua ini? Itu belum didedahkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO lain samada di Pusat atau di negeri-negeri. Besekongkol dengan Zionis dengan membekalkan sawit dan mengambil APCO sebagai penasihat kerajaan. Inilah sebenarnya pengkhianat, penderhaka dan ingin menghancurkan negara. Mengapa ini tidak dikutuk, diminta ambil tindakan atau diminta letak jawatan? Ini soal maruah negara, kedaulatan negara dan keselamatan negara! Asyik-asyik isu seks DSAI dan pemimpin PR lain yang direkacipta dan didedahkan. Apakah Najib dan pemimpin UMNO lain itu tidak pernah terlibat dengan seks bebas atau zina? Jika tidak percaya minta semua pemimpin UMNO bersumpah laknat seperti yang selalu disebutkan oleh puak UMNO terhadap DSAI selama ini. Mereka jadikan Ambiga sebagai isu keran menokong LGBT, sedangkan anak Mahathir pun menyokong juga LGBT, mengapa tak dikutuk sama? Ambiga anti Islam, apa bezanya dengan Mahathir dan Najib yang selalu menghina syariat Allah dan Sunnah Nabi itu?

Oleh itu, bukalah mata melihat mengapa rakyat kini sanggup bangkit walaupun di layan sebegitu rupa. Mereka inilah sebenarnya wira negara yang bangun untuk mengajak rakyat menyelamatkan negara dari UMNO dari jatuh bangkrap, tergadai dan hancur. Jika tidak kerana kerja khianat dan penipuan yang dibuat oleh UMNO dengan bantuan JPN dan SPR, tidak perlualah rakyat berkumpul, berhimpun dengan sedemikian rupa. Elok saja mereka duduk dirumah bersama keluarga. Tetapi demi negara tercinta, mereka sanggup disiksa hatta jika terpaksa menggadaikan nyawa demi menyelamatkan negara dari UMNO celaka dan durjana. Maka dengan itu sedarlah semua bahawa Bersih 1,2 dan 3 ini wujud adalah berpunca dari UMNO, JPN dan SPR yang menipu PRU dengan bermaharajalela semata-mata untuk pastikan UMNO celaka terus berkuasa. Akhirnya rakyat jadi mangsa dan negara hilang maruahnya. Menentang kerajaan yang zalim ,penindas, penipu adalah wajib, bukanya berdosa wahai tok mufti puaka. Bersih menuntut satu pilihanraya yang bersih, jika yang bersih dikutuk, dikatakan haram, maknanya golongan yang menentang bersih ini sukakan benda yang kotor dan jijik.

Himpunan bersih yang mahukan pilihanraya bersih dikatakan memalukan negara kepada negara luar tetapi mereka tidak malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang terlibat dengan rasuah beratus juta ringgit dan dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia dan mempunyai seorang isteri yang buruk akhlaknya. Inilah sebenarnya yang kita patut malu. Akhlak puak UMNO dan Presidenya lah yang sebenarnya telah memalukan negara kepada dunia luar.Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment