Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 6 May 2012

Bapa benar-benar ucap terima kasih

 

Suasana di majlis pernikahan agak sedih dan syahdu juga sewaktu doa dibacakan. Bapa kepada perempuan 20-an iaitu wali kelihatan sedih dan menangis. Selesai majlis, bapanya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Kadi kerana anaknya selamat bernikah.

Kemudian, sekali lagi bapa perempuan bertemu Kadi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Keadaan seperti ini agak menghairankan dan di luar pada kebiasaan. Sebenarnya, bapa terlalu gembira kerana anaknya akhirnya bernikah kerana sebelum ini anaknya bercinta sudah lama dan bebas ke sana ke mari tetapi tidak mahu bernikah.

Ini adalah anak kelima dari enam adik beradik dan dia mempunyai seorang lagi anak perempuan yang masih belum bernikah. Bapanya adalah yang bergelar Tuan Haji adalah seoran yang dihormati di kampungnya dan biasa jadi imam si suraunya. Bagaimanapun, dalam pergaulan anak-anak, beliau menghadapi kesukaran disebabkan anaknya duduk menyewa di bandar bersama kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment