Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday, 5 May 2012

Datuk Wan Ahmad, macam semacam saja

 

Oleh: anaabdullah

"Apabila kita sebut nama Datuk Wira Hj. Wan Ahmad
bin Wan Omar teringat saya dengan cerita dan disebut sebut bakal menteri besar baru Terengganu mengganti Datuk Seri Ahmad said.

Oleh itu, adalah lebih baik kita tengok latarbalakangnya terlebih dahulu. Beliau berasal dari Kampung Kubang Buyong, Kuala Terengganu.

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN

Datuk Wira Hj. Wan Ahmad memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1972 dan telah berkhidmat di SPR sejak tahun 1998.
1972 - 75
Penolong Setiausaha, Jabatan Perdana Menteri
1976 - 1979
Setiausaha Kedua (Politik), Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Singapura
1979 - 82
KPSU (Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri
1982 - 86
Penasihat Politik, Kedutaan Besar Malaysia, Filipina
1986 - 89 
Setiausaha Bahagian (Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri
1989 - 95
Menteri Penasihat (Politik), Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C
1995 - 98
Setiausaha Bahagian (Keselamatan/Hal Ehwal Politik), Jabatan Perdana Menteri
1998 - 2004
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
2004 - sekarang
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Sejak berkhidmat dengan SPR, beliau telah menyertai atau mengetuai beberapa delegasi SPR sebagai pemerhati pilihan raya di peringkat antarabangsa iaitu Pilihan Raya Umum Zimbabwe (1999), Pilihan Raya Umum United Kingdom (2001), Pilihan Raya Umum Australia (2001), Pilihan Raya Umum Germany (2003), Pilihan Raya Umum India (2004), Pilihan Raya Presiden Kazakhstan (2004), Seminar Pilihan Raya di Sweeden (2004), Pilihan Raya Umum Bosnia Herzegovina (2006), Pilihan Raya Umum Thailand (2006), Seminar Pilihan Raya di Jepun (2006), Pilihan Raya Umum Republik Mali (2007), Pilihan Raya Umum Republik Uzbekistan (2007) dan Pilihan Raya Umum Nepal (2008)
Seminggu dua ini timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nampak macam kelabah sikit apa dia dikatakan menjadi ahli umno. Kelmarin beliau telah  menafikan dengan sekeras kerasnya dakwaan yang didedahkan oleh PKR.
Lantas mengatakan, individu yang mempunyai keahlian Umno: 2374564 itu adalah orang lain dan tidak berkait dengannya.
Beliau bertegas "Saya bukan ahli Umno dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno sebagaimana yang di dakwa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail”.
Beliau berkata lagi, "Pendedahan berkenaan adalah berniat jahat untuk menjatuhkan maruah saya dan merosakkan kredibiliti SPR,"
Beliau berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.
"Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka,"
             
Berdasarkan kenyataannya itu saya simpulkan yang beliau macam semacam  saja. Mungkin takut hilang jawatan sebagai timbalan pengerusi SPR.
Jangan kelabah wahai Datuk bukan nama datuk sudah disebut sebut akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti di DUN Wakaf mempelam dan bakal menteri besar baru Terengganu.
Jangan risau dan bimbang kerana ada calon yang bertanding atas tiket umno yang belum jadi ahli umno.
Sejarah telah membuktikan, Datuk Razali Ismail bekas pengarah pelajaran Terengganu yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu dan menang bukan ahli umno.
Jadi, Datuk Jangan gelabah, bertenang.Hilang jawatan timbalan pengerusi SPR dapat jawatan yang lebih besar lagi. Lebih lebih datuk orang yang sangat berjasa kepada umno mana mungkin dinyahkan begitu saja.
 Tuah ayam nampak dikakinya, tetapi tuah manusia siapalah yang tahu.Allah saja yang mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment