Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 6 May 2012

Anak angkat hidup terabai, mengandung anak luar nikah….

 

Seorang perempuan awal 20-an berstatus anak angkat sejak bayi lagi kepada satu keluarga. Masa kecil, perempuan ini hidup bahagia dengan ibu bapa angkatnya. Bagaimanapun, kemudiannya ibubapa angkatnya bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Bapa angkatnya kemudian bernikah dengan perempuan lain dan mengabaikan anak angkatnya ini. Ibunya juga bernikah lain dan tidak bawa anak angkat ini duduk bersamanya. Perempuan ini hidup menumpang dengan sedara sebelah ayahnya. Hidupnya dengan keluarga ini bukan seperti anak angkat tetapi seperti menumpang kasih. Keluarga ini bukanlah orang yang berkemampuan dari segi ekonominya.

Perempuan ini sekolah tidak habis kerana tekanan emosi dan ekonomi. Dia bekerja sebagai jurujual dan duduk di rumah bujang dengan kawan sekerjanya. Kemudian, perempuan ini kenal dengan seorang lelaki 20-an yang belum bekerja.

Akhirnya perempuan ini mengandung luar nikah dan usia kandungannya makin membesar iaitu 5 bulan lebih. Bagaimanapun, jalan penyelesaian untuk bernikah belum ada. Lelaki katanya bukan tidak mahu bernikah, tetapi dia belum bekerja dan ibubapanya pula belum tahu pasal nikah ni.

No comments:

Post a Comment