22 Mac 2013 Jumaat – kuliah maghrib
yang sepatutnya disampaikan oleh Ustaz Nik Nasri Nik Malek AJk Dewan Ulama Pas
Kawasan Kemaman telah digantikan dengan pengisian sejarah hijrah artis kepada
yang inginkan ilmu akhirat yang disampaikan oleh saudara Bob Lokman. Apa yang
ditekankan oleh saudara Bob ialah tentang akidah. “Apa itu akidah? Semua orang
tahu apa itu akidah, tapi apakah pengertiannya? Apakah akidah itu tauhid?
Tauhid itu akidah? Pemasalah remaja sekarangan pasal akidah. Buat apa kita bina
masjid, sedangkan diri kita tidak dalam taqwa kepada Allah tidak takut kepada
Allah. Lebih baik buat solat di tengah padang! Buat mimbar berjuta-juta! Baca
khutbah pasal penyakit kencing manis kurang gula dalam minuman dan banyakkan
senyuman. Adakah ini ciri-ciri takutkan Allah?”.
Dalam penyampaian 50minit, Saudara
Bob memohon kepada sahabat-sahabat
membuat perubahan pada Pru 13 nanti, InsyaAllah. “Saya memohon agar diberi
peluang lagi untuk datang ke SKJ bersama Tok Guru saya dalam menyampai dakwah
khas untuk Jemaah SKJ”. InsyaAllah perkara ini akan dibawa kepada pihak
pengurusan DUN. Apa yang tertariknya saudara Bob menyatakan “Saya tidak pernah
melihat suasana surau lain seperti di SKJ, pelik tapi … kuasa Allah”.
No comments:
Post a Comment