21 Mac 2013 Khamis – Jam 12.30
tengahari matinya seorang pejuang Islam yang gigih di Pasir Gajah, Kemaman.
Menurut keterangan yang diberikan oleh Isteri serta anaknya dan juga sahabat,
Ustaz Ya sebelum ini menyatakan dia akan mati dalam minggu ini semasa dalam
pengajaran kuliah (di SKJ, Surau Felda Neram
dan Surau kg Tengah depan pasar Cukai Kemaman) akhirnya terjawab juga.
Kehilangan permata dakwah yang baru bertapak di Pasir Gajah. Ustaz yang sempat
membina surau bersebelahan dengan rumahnya akan menjadi satu kenangan yang
berpanjangan, InsyaAllah rumah Allah yang dibinanya akan disemarakan oleh
pejuang-pejuang yang lain.
Ustaz Ya yang dilahirkan di Paka dan
berkahwin dengan isterinya yang berasal Kampung Pasir Gajah. Ustaz memulakan
kerjayanya sebagai pendakwah bebas pada tahun 1990. Ustaz yang bersuara lantang
serta tegas dalam penyampaian ilmu tauhid. Ustaz meninggalkan seorang balu dan
beberapa orang anak. Yang sulung berumur
22 tahun bekerja dengan syarikat dalam KSB.
Beliau yang sentiasa menemani Ustaz semasa berkuliah. Anak yang
perempuan masih menuntut di UIA Gombak dan tiga orang masih bersekolah.
Pada malamnya Ustaz mengadu kepada
isteri yang dirinya kurang sihat serta sakit dada. Awal pagi Ustaz berada di
kebun, sekitar jam 10.30 isterinya menerima panggilan daripada Ustaz menyatakan
dirinya sakit dada dan masih lagi berada di kebun. Isterinya menyuruh salah
seorang kenalan Ustaz pergi mengambil ustaz di kebun lalu di bawa ke Hospital
Kemaman. Jam 12.30 tengahari, Ustaz telah menghembus nafas yang terakhir. Ini
disahkan oleh pihak Hospital Kemaman. Jenazahnya
dimandi dan dikapan di Hospital Kemaman seterusnya di solat jenazah oleh
beberapa rakan taulannya. Kemudian jenazah dibawa pulang ke Suraunya jam 4.30
petang untuk disolat serta dikebumikan di kampong Pasir Gajah. Pengurusan
jenazah Ustaz selesai jam 6.30 petang.
Pada malamnya pihak SKJ melancarkan
dana Khas untuk waris Ustaz Ya yang dilancarkan Ustaz Harun. Alhamdulillah
kesemua Dana tersebut telah dihantar kepada warisnya pada 22hb. Jam 11 pagi
Jumaat yang diwakili oleh TSU Encik Rahim dan Encik Wan Marzuki yang disambut
oleh anak sulungnya. Terima kasih kepada semua penderma. Dan kepada yang ingin
menyampaikan sebarangan bentuk bantuan untuk waris Ustaz Ya kami pihak SKJ
sedia membantu menjadi orang perantaraan.
No comments:
Post a Comment