“Perbanyakkanlah mengingati mati
kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan
menjadikannya zuhud dalam urusan dunia.”
Sabda
Nabi s.a.w.
Wahai
anak-anak yang dikasihi sekalian,
Apabila kita mengingati mati, maka hati kita akan terus hidup kerana mengingati mati menyebabkan hati kita sentiasa mengingati Allah. Orang yang tidak mengingati Allah bermakna hatinya telah mati.
Apabila fikir hal mati, mungkin kita terfikir tentang bila dan bagaimana kematian kita. Bila dan bagaimana kematian kita bukanlah perkara yang perlu difikirkan. Semua orang akan mati apabila tiba saatnya. Yang penting direnung dan difikirkan ialah adakah mati kita sama dengan doa yang sentiasa kita baca selepas solat. Antaranya, kita mohon kematian kita dimulakan dengan keampunan oleh Allah, mati bersama rahmat dan kasihsayang Allah,mati dalam keadaan Allah terima taubat kita dan mati yang dimudahkan Allah. Inilah yang kita perlu pastikan. Kalau kita hidup sehingga 100 tahun pun dan mati dalam keadaan tidur pula, itu tiada gunanya jika kita mati dalam dosa dan kemurkaan Allah.
Apabila kita memikirkan tentang mati yang dimulakan dengan keampunan, penerimaan taubat, rahmat dan kasihsayang Allah tadi, maka itulah dinamakan tazkirah hati dan muhasabah diri. Tugas kita ialah bekerja untuk mencapai mati seperti itu. Tanpa hati yang mulia dan amal yang banyak, suci dan ikhlas, sukar untuk kita mencapainya. Masakan Allah memberi kematian yang baik itu sedangkan kita kurang amal, ahli fasik[1] dan semasa hidup kita selalu meminggirkan Allah dari hati kita.
Justeru itu, mulalah beramal, bertaubat dan akrab dengan Allah. Cara hidup dan amal kita menggambarkan cara kematian kita. Apabila kita telah melakukannya, maka bolehlah kita letakkan harapan kepada Allah akan satu kematian yang baik. Ketahuilah bahawa kematian adalah salah satu fasa dalam perjalanan kita untuk bertemu dengan kekasih kita yang sebenar. Bukankah itu indah kalau semasa hidup kita selalu memuja, memuji dan merindui KEKASIH kita? Fikirkanlah wahai anak-anak remajaku sekalian agar hidup kita selamat di dunia dan akhirat dan kita semua dapat berkumpul di dalam syurga Allah yang indah.

“Sesungguhnya
telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan menghadap Allah; sehingga
apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata:
Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil
mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah
buruk apa yang mereka pikul itu.”
Surah al- An’am: 31
Katakanlah
“(wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu,
sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya.”
Surah
al-Kahfi: 110
No comments:
Post a Comment