Ketahuilah
bahawa bahaya lisan (lidah) itu besar sekali, dan manusia tidak akan
selamat dari bahya ini, melainkan dengan bertutur kata yang baik saja.
Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Tidak
akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan
tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang
hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari
kejahatannya.”
Berkata
Mu’az bin Jabal kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah kita akan dihisab juga
atas apa yang kita katakan, wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab:
Wahai Mu’az! Tidakkah engkau ketahui bahawa manusia itu akan
ditelengkupkan menerusi hidung-hidung mereka disebabkan hasil tuaian
lidah-lidah mereka.
Ibu
Mas’ud (Abdullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata: Wahai lidah!
Sebutkanlah yang baik-baik, nescaya engkau akan dapat faedah. Dan
berdiamlah dari berkata buruk, nescaya engkau terselamat sebelum engkau
menyesal.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa
yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa
yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaNya. Dan
barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan
menerima uzurnya”.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun berdiam saja”
Sabdanya lagi:
“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan.”
No comments:
Post a Comment