Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 31 January 2012

UNTUK TATAPAN DAN RENUNGAN

Siapa tidak ikut memang rugi besar. Karnival yang menyeronokan. Tapi jangan lupa solat. Nanti seronok sangat main dengan udang, terleka dengan waktu solat.

YB Tuan Guru Dato' Seri Presiden sanggup menjadi nelayan apabila Islam telah didaulatkan di Bumi Malaysia. Dan Tuan Guru sanggup tidak bertanding pada PRU nanti sekiranya tempatnya sudah ada pengganti. Sucinya pengorbanan Tuan Guru demi Islam. kehidupan dunia hanya mengabadikan diri kepada Allah melalui pejuangan menegakkan kalimah Islam didaulatkan. Bukannya mengejar kekayaan dan memiliki harta yang bertimbun.

Sekiranya kita, inilah akan dikejar dan dicari. Kemewahan dunia dan dipandang orang. Memiliki harta dan kenderaan mewah.

Tetapi golongan ulama hanya takut kepada Allah. Sentiasa mencari kemulian didunia dengan berdamping dengan masyarakat kearah kebaikan. Mengajak kalangan masyarakat agar sentiasa ingat kepada Allah. Kerana kita akan dibangkitkan semula dipadang masyhar. Satu penghitungan yang mengerunkan semua manusia.

Amat malang sekali apabila kita membina sesuatu tempat dan bangunan untuk kepentingan masyarakat, tetapi tidak boleh digunakan. Inilah pembaziran yang nyata dimata rakyat. Setelah wang ringgit rakyat digunakan dengan banyak untuk pembangunan tetapi hasilnya, peminpin yang mendapat pulangan kerana projeknya sudah siap. Boleh guna atau tidak kemudian cerita. Rakyat hanya dapat melihat, tetapi kecewa.

 Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam. Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.

Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan. Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Moral cerita: 1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit. 2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya.

Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga. Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib.

Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman. “Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.” Hadis direkodkan oleh Imam Muslim Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad.

Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal. Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas Wassalam



TIPU DAYA UMNO - Kepala babi ditemui di masjid di Rawang

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Surau Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa dalam pembinaan.

 Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Kemaman Dalam Pembinaan membesarkan Suraunya bagi menampung keperluan pelajar-pelajar yang dianggarkan menelan belanja RM20k lebih .....Sumbangan dari Muslimin Muslimat para Dermawan yang budiman amat diperlukan samada kewangan atau bahan-bahan binaan terus ,,,,فاسـبقوا الـخيرات ( Berlumba-lumba membuat Kebajikan) - (Melalui bank BIMB -13026020421257 atas nama Tabung Kebajikan Darul Taqwa - Sila maklum SMS setiap kemasukan anda ke no. 0139491811 -Mudir ) sila panjangkan ....
Oleh itu didiklah anak isteri dan masyarakat kita agar sentiasa ingatkan Allah SWT. Jadikanlah Al Quran, hadis Nabi serta sunnahnya dan alim ulama kearah petunjuk serta panduan hidup seharian.
cat

Seorang lagi selebriti dijangka akan bersama-sama dengan PAS dan kali ini ialah artis Catriona Norhayati Rose Bahrain Ross ataupun lebih dikenali sebagai Catriona Ross atau Cat.

Menurut beliau, ke mana-mana beliau pergi beliau sering ditanya sama ada beliau telah menjadi ahli PAS berikutan dengan perubahan keterampilan dirinya yang menonjolkan imej Islamik.

"Saya tidak kisah untuk menjawabnya, saya akan masuk bila roh dan jasad saya bersatu ke dalam PAS. Saya akan masuk PAS apabila saya yakin untuk menyumbang sesuatu kepada parti, saya tak nak sekadar isi borang kemudian tak buat apa-apa, itu tak guna juga," tegas pelakon jelita ini dalam satu majlis forum bersama dengan seorang lagi selebriti yang kini telah menjadi ahli PAS, Bob Lokman.

Kenyataan beliau itu lantas disambut Bob Lokman, "Saya sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar serta seluruh ahli PAS yang hadir pada hari ini menjemput Catriona Ross untuk masuk PAS."

"Insya Allah, insya Allah," balas Cat.

Mudah-mudahan hasrat Catriona Ross akan menjadi kenyataan dan beliau tidak diganggu dan difitnah lagi.

No comments:

Post a Comment