Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 8 January 2012

REMAJA ISI MINYAK PERCUMA


Pada 7 Jan 2012 Sabtu, jam 7.45 pagi saya mengisi minyak motor di pam minyak di Kampung Besut Kermaman. Setiba di pam minyak berkenaan ada seorang remaja yang ingin mengisi minyak juga. Apa yang menarik untuk saya kongsi bersama pembaca ialah perbualan remaja dengan Mat bangla attenden pam.  “Tolong isi minyak” kata remaja. Mat Bangla Tanya “berapa mau?”. “Awak isilah dulu”. Kata remaja berkenaan.  “Kusyen motor saya pegang, awak tolong isikan”. Tanpa soalan dan perbualan yang panjang, maka Mat Bangla pun tuanglah minyak. Selesai sahaja Mat Bangla tuang minyak, remaja berkenaan pun berkata “saya tadok duit”. Remaja berkenaan menghidupkan motor dan terus memecut meninggalkan Mat Bangla yang terkedu. Apa yang saya dengar dengan jelas ialah Mat Bangla berkata “Bodoh,bodoh gila punya orang” lalu Mat Bangla datang menghampiri saya lalu berkata “Macamana sekarang?” lalu saya pun berkata “Ambil RM3 untuk saya”. Semasa saya mengisi minyak,  ada 2 orang Mat Bangla yang bersempati dengan nasib kawannya lalu berkata kepada saya “tolonglah”. Adakah harus saya menolongnya? Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda semua, sekiranya perkara ini terjadi lagi kepada diri anda pula.

Tipnya
1.       Layan diri lebih selamat duit poket pam attd.
2.       Minta wang dahulu sebelum tuang minyak
3.       Berhati-hati remaja sekarang yang berkelakuan tidak senonoh.

No comments:

Post a Comment