Pada mesyuarat 28 Dis 2011 Rabu, muslimat memberi cadangan agar tempat ini dijadikan bilik gerakan untuk PRU 13 nanti. Dengan sokongan semua ahli yang hadir, maka keputusannya tindakan segera perlu diambil.
Pada 31 Dis 2011 Sabtu kerja-kerja membina bilik gerakan dilakukan. Tindakan segera pembinaan ini adalah menyahut seruan pejuangan demi kemenangan Islam.
Alhamdulillah. 3 Jan 2012 Selasa jam 3 petang kerja-kerja pembinaan dilakukan semula oleh skuad gotong royong Surau Haji Muda Geliga dengan kekuatan 5 orang.
4 Jan 2012 Rabu jam 9.30 malam skuad gotong royong daripada SKJ melaksanakan tugas sehingga jam 1 pagi. Hasilnya Alhamdulillah. Turut hadir SU yang sakit dan TSU menceriakan suasana malam.
No comments:
Post a Comment