Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 23 January 2012

ADA HATI PERUT KE JKKK


2 Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Bermula dengan rampasan royalti, tekanan dan sekatan kerajaan Pusat dikenakan terhadap Terengganu sebagai hukuman terhadap rakyat kerana memilih Pas & PR sebagai pemerintah. Sebuah demokrasi songsang bagi pengamal Kerajaan Federalisme daripada pilihanraya.

Apabila DS Idris mula berkuasa maka terlihatlah belangnya. Penuh dengan kesombongan, angkuh dan takaburnya lalu terus membekukan dan merampas tanah-tanah RTB yang diluluskan kepada rakyat melebihi 60 ribu lot semuanya. Surat dihantar kepada Konsortium Juruukur supaya menghentikan serta-merta kerja-kerja menyelesaikan tanah rakyat. Ada yang dah buat rumah kediaman, dengan kuasa Umno-BN meruntuhkan serta menyapu bersih dengan jentolak.

Sedangkan mereka merupakan rakyat Terengganu, melayu, Islam. Bukan hanya penyokong Pas tetapi ramai dikalangan orang Umno. Yang penting mereka berhak dan rakyat Terengganu. Kenapa mereka dizalimi dan dinafikan haknya sehingga kini. Dalam Dun Paka sahaja dengan 11 RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) yang melibatkan hampir 1,800 peserta.

Bukan hak rakyat sahaja dirampas bahkan Masjid Bujal sendiri menjadi saksi kezaliman Umno-BN. Kuasa yang mereka miliki menyebabkan mereka lupa kepada adanya Allah Swt. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut. Di Israel mereka merampas tanah orang arab untuk diberikan kepada bangsa Yahudi. Malangnya di Terengganu, tanah melayu dirampas oleh wakil rakyat Terengganu sendiri. Sebangsa, seagama.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Hanya sepenggal pemerintahan beliau, kita menyaksikan bagaimana Allah Menghinakan manusia yang zalim. Idris Jusoh dihinakan sedemikian rupa. Umpama kucing kurap yang buruk kepala. Hilang tampuk kerusi empuk MB Terengganu. Bukan kerana Pas, bukan kerana rakyat tetapi kerana perebutan dan pencakaran sesama mereka. Idris Jusoh vs Mat Said. Slogan “Pembangunan yang tidak pernah kelihatan” bertukar menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betapa cepatnya pembalasan Rabbul Jalil.

Adakah mereka mengambil pengajaran? Dizaman DS Ahmad Said, ketika awal pemerintahan… demi mengukuhkan kuasa beliau supaya tidak ditolak dengan undi tak percaya beliau mengambil pendekatan berlunak dengan Pas sendiri. Nampaklah macam orang yang dah bertaubat. Berkopiah dan berjubah mengalahkan orang Pas. Tetapi kini kuku dan belangnya sudah kelihatan. Yelah… Kkabo tahik, lama mana sangat boleh bertahan didalam kapas mewangi. Pasti akan merayap keluar berada ditempat asalnya.

Yang terbaru apabila rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka. Rangkaian sekolah Pondok Darul Bayan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ma'had Tahfiz al-Quran yang mempunyai 700 pelajar keeluruhannya. SRI Darul Bayan adalah satu-satunya Sekolah rendah Islam di Dun Paka. Sebuah sekolah rakyat yang berdaftar dengan JHEAT dan sepenuhnya didirikan dan diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2001 dan kini memiliki pelajar seramai 360 orang. Tanah yang dipohon dan diberi kelulusan RTB seluas 2 ekar itu pada tahun 2003 telah didirikan pembangunan sekolah. Sebuah bangunan induk dan sebuah bangunan tambahan 2 tingkat, surau, kantin dan 2 unit rumah guru. Sila klik http://sridarulbayan.blogspot.com/

Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan. Seekar dibahagikan kepada 5 lot dan diberikan kepada pengerusi Umno & ajknya atas nama RTB Kolam Permai, mukim Paka iaitu :-
1. Lot RTB 9832 diberikan kepada Pengerusi JKKK Limbong : Ibrahim bin Abdullah
2. Lot RTB 9833 - Abd.Ghani Karim suami kepada Anita Ariffin – S/U JKKK Limbong
3. Lot RTB 9831 - Suhaini Abd.Karim, isteri Fauzi Nong – Naib JKKK Limbong
4. Lot RTB 9830 – Muhamad Idris – JKKK Limbong
5. Lot RTB 9829 – Rosli Hasyim – JKKK Cacar.

Sepatutnya tanah individu diambil oleh kerajaan untuk kepentingan awam tetapi tanah Sekolah Agama Rakyat diambil untuk kepentingan beberapa kerat JKKK. Adakah ini dikatakan Umno sebagai parti pembela rakyat, pejuang melayu & menegakkan Islam? Adakah ini maknanya “Rakyat didahulukan”??? adakah inilah sebenarnya pemimpin melayu haprak yang disebut oleh Dr Mahathir?

Umat Islam ni biasanya tanah sendiri diwakafkan untuk surau, masjid maupun sekolah Islam. Tetapi kini tanah sekolah dibolot untuk kepentingan juak-juak mereka. Mana hati perut mereka? Kini dengan lay-out baru itu menyebabkan tanah perancangan untuk penempatan anak yatim itu sudah hilang. Sebahagian surau, kantin sekolah bahkan 2 unit Rumah guru juga turut dirampas. Apalagi yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar? Kenapa yang mereka dendamkan sangat dengan sekolah tersebut? Sedangkan sekolah tersebut berdaftar dengan JHEAT. Menggunakan kurikulum Kementrian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PPD Dungun. Pernah mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100% pada tahun 2010. Para pelajar seepas Sri darul Bayan ini menyambung pelajaran di SMASZA, SMASID, IMTIYAZ, MA’AHAD MUHAMMADI dan lain-lain institusi.

Tidakkah mereka malu melihat bagaimana orang-orang cina yang anggup mengeluarkan duit mereka membina pembangunan dan dewan sekolah jenis kebangsaan cina Chee Mong di Paka maupun di Batu 5. Pihak kerajaan boleh pulak berikan bangunan baru untuk kelas meskipun pelajar hanya 100 orang lebih bahkan pelajar mereka juga dapat bantuan rm100 kepada setiap pelajar. Semua ini dinafikan terhadap Sekolah Agama Rakyat.

Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu diproses.

Adakah mereka lupa kezaliman ini akan adanya pembalasan? Tak ingat mati ke puak-puak ni. Adakah mereka lupa sabdaan Rasulullah Saw : “Siapa yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang tidak sebenar sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya 7 petala bumi diakhirat kelak”.

Semua ini berlaku kerana rakyat memberi kuasa kepada mereka. Lalu mereka menggunakan kuasa mengikut nafsu kesombongan dan keegoan mereka. Pas Dun Paka menyarankan agar pihak Sekolah samada staff maupun ibu-bapa bahkan pihak pengurus erta PIBG agar terus mempertahankan hak mereka. Sila klikhttp://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Diharapkan agar gabungan sekolah-sekolah Dar di Terengganu yang berjumlah 7 buah dengan pelajar 2,000 orang dapat bersama menyuarakan bantahan ini. Dan diharapkan rakyat sendiri menghentikan kezaliman ini dengan menumbangkan mereka dalam PRU-13 nanti. Kita akan saksikan siapakah selepas DS Idris Jusoh. Ingatlah mereka yang dizalimi tiada hijab dengan Allah Swt. Allah Akbar.
Inilah orangnya yang buat kacau di Sekolah Agama di Paka. Kamu mahu tolong orang ini ke? Berlagak hebat tetapi... sombong. Mahu berurusan jual beli ke dengan dia?



No comments:

Post a Comment