Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 10 January 2012

Merompak kedai berdekatan surau

Waktu malam

8 Jan 2012 Ahad, Kuliah maghrib pada ketika kejadian itu disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ibrahim membicarakan tentang kematian dan kafan orang dalam ihram. Hampir 200 orang Jemaah ketika itu. Dan di hadapan Surau ada kedai makan yang beroperasi dan 3 orang pelanggang sedang menikmatinya. Mungkin kerana bunyi kuliah dari corong pembesar suara yang kuat, maka tenggelamnya suara Puan Nora meminta pertolongan.


Cerita ini tersebar apabila selesai solat Isyak, Puan Nora memberitahu kepada Jemaah. Pada cerita yang tersebar itu, Puan Nora kehilangan RM5K setelah diugut oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggang.  Lelaki yang tidak bertopeng terus memecut kereta Iswara meninggalkan Puan Nora yang terpekik terlolong memohon pertolongan.
Alhamdulillah Puan Nora tidak panik dan sempat mencatat nombor pendaftaran kereta berkenaan. Puan Nora bertemankan suaminya membuat laporan polis pada malam kejadian. 


9 Jan 2012 Isnin semasa kuliah maghrib Ustaz Che Harun, Puan Nora memohon diadakan solat hajat agar Allah SWT memberi hidayah kepada perompak berkenaan agar memulangkan semula RM5K kepadanya.

Kehadiran Jemaah sekitar 200 orang tergaman sewaktu pengumuman oleh Ustaz Che Harun mengenai Puan Nora. Persoalannya adakah Negara kita ini dalam aman? Perkara ini amat mengerunkan Jemaah kerana ianya berlaku berhampiran dengan surau. Persoalannya manusia sudah tidak takut lagi kepada undang-undang yang diamalkan dalam Negara kita.

Sampai bilakah undang-undang Islam akan dapat ditegakkan dalam Negara kita demi keadilan semua pihak? Hukum hudud dipersendakan. Hukum qisas di perlekekkan. Hukum takzim dimain-mainkan. Dimanakah kekuatan kita sebagai orang Islam dalam Negara yang bernama Islam? Nantilah kehancuran bumi Malaysia ini, sekiranya kita masih menolak ayat Al Quran yang menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan melaksanakan hukum hudud dan qisas sepertimana yang termaktud dalam Al Quran. Perkara ini tidak payah, anda Cuma menjalankan hak anda sebagai pengundi pada PRU 13 nanti. Undilah PAS yang berakidahkan mendaulatkan Hukum hakam Islam dalam Negara Malaysia ini. InsyaAllah.

Kepada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita pergi. Bersoallah kita dengan mukar dan nakir di alam kubur.  Di atas dunia ini kita mampu menjawab dengan lancar soalan bocor mukar dan nakir, tetapi di alam barzakh… subahanaAllah. Mohon keampunanMu Ya Allah. Amin.     

Alhamdulillah semalam kedai Puan Nora beroperasi seperti biasa. Untuk pengetahuan anda, kedai Puan Nora adalah salah sebuah kedai yang banyak menyumbang kepada Tabung SKJ, NGO CAKNA dan badan-badan NGO yang lain. Pendekata Puan Nora tidak pernah kedekut dalam menyumbang barangan dan kewangan.

Oleh itu marilah sama-sama kita mendoakan kehadrat illahi memohon dijauhkan bala musibah kepada umat Islam seluruhnya. Amin…Amin…Amin Ya Allah.

Waktu siang

No comments:

Post a Comment