Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 12 August 2011

YB PERSURUHJAYA TERENGGANU DAN TIMBALAN DATANG ZIARAH RAMADAN DI CHUKAI KEMAMAN

YB Pesuruhjaya PAS Terengganu bersama YDP  dan AJK PAS Kemaman beserta anggota Skuad SQUBA Kemaman bergambar sebelum bergerak ke pasar Ramadhan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.

Kemaman, 12hb. Julai - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yang diketuai oleh Pesuruhjaya yang baru telah turun padang menemui segenap lapisan masyarakat melalui program Ziarah Ramadhan di seluruh daerah dalam negeri Terengganu.
Pada petang tadi, Pesuruhjaya PAS yang baru, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama Timbalan Pesuruhjaya III, YB Dr Haji Alias Abdul Razak telah meluangkan masa hampir dua jam bersama para peniaga dan pengunjung pasar ramadhan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.
YB Haji Abdul Wahid Endut dan YB Dr Alias telah mengedar 500 buah bubur lambuk disamping bertemu muka dan bertanya khabar kepada hampir kesemua para peniaga dan pengunjung pasar ramadhan tersebut.
Turut mengiringi ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun, Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malek, Setiausaha, Ustaz Alias Abdul Hamid, Bendahari, Haji Johan Ismail, Ketua Dewan Ulama, Ustaz Ali Mohd dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Fainah Mat.
Bersama rombongan di Padang Astaka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Setiausaha DPPKK, Ustaz Ramlan Mahmood dan Ketua Penerangan, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah yang mengambil peluang untuk mengedar risalah kepada orang ramai melalui Skuad SQUBA Kemaman.
(Gambar - YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut (bertshirt hijau) sedang mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang pengunjung pasar ramadhan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman petang tadi)

Dari kiri ; Setiausaha, Pengarah MTD Chukai, Ketua Dewan Pemuda, Timbalan YDP dan Bendahari PAS Kemaman menuju Padang Astaka.
YB Dr Alias sedang mengagihkan bubur lambur kepada salah seorang pemandu kereta.
Bendahari DPPKK, Bendahari PAS Kemaman dan Timbalan YDP di seberang jalan.
 YB memberi bubur lambuk kepada pengunjung bazar ramadan di padang Astaka, Chukai. (Pok Man Tukang Masak) daripada Taman Maidam kampung Air, Mak Chili.
Dari kiri ; YB ADUN Wakaf Mempelam, Penolong Setiausaha BPPNT dan Ketua Penerangan DPPKK nampak agak sibuk.
YB Haji Mohd Abdul Wahid bersalam dengan seorang peniaga ikan bakar.
YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu sedang bertanya khabar kepada seorang peniaga ikan bakar.
Dari kiri ; YB Dr Alias, YB Abdul Wahid, Ustaz Alias dan Haji Ismail Harun di salah sebuah gerai kuih muih.
Dari kiri ; Haji Ismail Harun, Haji Hanafiah Mat, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, YB Dr Haji Alias Abdul Razak, Ustaz Nik Mohd Nasri dan Ustaz Alias bergambar selepas selesai program ziarah ramadhan.
YB Pesuruhjaya Negeri sedang mengaminkan doa di iftar ramadhan di PASTI Darul Yakin, Batu 4, Binjai.

No comments:

Post a Comment