Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 10 August 2011

ANAK JEMAAH SURAU KG JAYA KENA LANGGAR DEPAN SURAU!!

Kg Jaya 10 Ramadan 1432 merupakan detik pilu bagi keluarga En. Badeli (gambar) yang juga merupakan imam (merangkap bilal tarawikh) surau kg jaya kerana anak beliau, Rozaimi bin Badeli 5 tahun, dilanggar sebuah motosikal skuter di depan surau.  Anak beliau yang juga merupakan pelajar Pasti Al-Falah, kg jaya terpaksa dimasukkan ke ICU Kuantan pada malam tersebut.

Sama-sama kita doakan semoga adik Rozaimi selamat dan pulih segera.  Kepada keluarga beliau kita harap dapat bersabar menerima dugaan daripada Allah.  InsyAllah. Allah beserta dengan orang-orang yang bersabar.

Justera, KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA HARAP AWASI ANAK MASING-MASING ketika hadir solat atau kuliah di surau ini kerana malang tidak berbau.  Pastikan kita tahu di mana anak kita berada.  Sebaik-baiknya anak-anak sentiasa berada di sisi kita untuk sama-sama menghayati dan menghidupkan rumah Allah.

Ketika berita ini ditulis, saya mendapat maklumat daripada Badeli bahawa anaknya telah menunjukkan respons yang baik dan mungkin petang nanti dah boleh masuk wad biasa.


Hampir semua AJk surau hadir di hospital Kemaman untuk memberikan sokongan moral kepada En. Badeli dan keluarganya yang ditimpa kesusahan.

No comments:

Post a Comment