Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 16 August 2011

16hb OGOS 2011 MAJLIS TAZKIRAH DAN BERBUKA PUASA BERSAMA USTAZ MOKHTAR SENIK KETUA DEWAN ULAMA PAHANG

AJK sibuk mengatur kerusi untuk tetamu sekiranya ruang dalam surau penuh.

Di bahagian dapur, AJK sibuk mengbungkus makanan untuk diedarkan kepada tetamu.


Mulismat sentiasa peka dengan tugasnya.








Makanan yang sudah siap dibungkus dan akan di agihkan kepada tetamu.

Ketibaan Ustaz disambut oleh Tok Batin

Masih banyak lagi ruang kosong.





Kenapa ye, apabila Jemaah datang ke surau tetapi masih berminat untuk duduk di bahagian belakang. Sedangkan dalam surau berhawa dingin (air cond).


Sebahagian anak AJK bertugas sebagai pembahagi makanan kepada tetamu.

Tazkirah bermula pada jam 6:20 petang.

Dalam Tazkirah, Ustaz mengulas mengapa kita berpuasa? Dan kenapa kita tinggalkan ibadat yang lain? Dalam kupasan 1 jam ini, bagi kita sebagai seorang mengaku Islam adalah wajib menunaikan segala perintahnya secara keseluruhan. Tazkirah Ustaz yang bersemangat dan bertenaga dalam hurian dan petikan dalil Al-Quran dan Hadis amat memukau tetamu dan kedengaran ketawa kecil oleh jemaah apabila Ustaz membawa contoh apa yang berlaku dalam negara kita. Contoh orang kenamaan yang beragama Islam tetapi jahil agama, Dan berlagak hero pakar agama sehingga pandai mengulas perkara haram dikatakan harus serta halal.  






Tok Batin bersama Tuan Haji Hanafiah

Ayat penutup yang diberikan oleh Ustaz pada Tazkirah ini "jadilah kita geng surau" Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz.






Sudah masuk waktu berbuka puasa. Jemaah diminta berbuka puasa kurma dan air sahaja. Jemaah diberi tempoh 10 minit untuk bersiap, untuk solat maghrib. Dan selepas solat maghrib barulah jemaah boleh menjamu selera sepuasnya.

Kelihatan sebahagian AJK menjamu selera



Kelihatan Ustaz menjamu selera.

Tok Batin melayan tetamu ketika menjamu selera.

Semua yang berbaju hijau adalah AJK SKJ. Mereka-mereka ini masih muda dan berumur lingkungan 45 tahun kebawah. Dan penggerak utama dalam kejayaan SKJ adalah mereka-mereka ini. Dan yang bertukus lumus untuk menjayakan sesuatu program atau majlis adalah idea mereka ini yang bergerak mengikut minit mesyuarat yang telah ditetapkan. Itulah kehebatan SKJ. Dan terima kasih kepada mereka ini kerana meneruskan perjuangan demi Islam. Jadikan anda (AJK dan SKJ) sebagai model dakwah kepada masyarakat yang lain. Semoga kehebatan anda berdakwah melalui pengaturan program dan majlis seperti ini dapat di ambil pengajaran oleh Jemaah yang hadir bagi memanjang tugasan menyuburkan bumi Allah ini dengan seruan kearah mendaulatkan ISLAM secara sepenuhnya.





No comments:

Post a Comment