
Sebelum berbuka puasa, majlis tahlil diadakan yang diketuai oleh ustaz Suhaimi.

Makanan yang sudah siap

Muslimat turut hadir

Kehadiran untuk berbuka puasa bersama Ustaz amat menggalakan. Jemputan Khas Ustaz Suhaimi di SKJ untuk Solat Tarawih dan Tazkirah isu MURTAD dan JAIS yang sengaja diperbesarkan seolak-olak ada perkara yang disembunyikan oleh pihak tertentu daripada pengetahuan umum. Oleh itu pihak SKJ memberi ruang sepenuhnya kepada ustaz untuk mendedahkan apa yang telah berlaku bersama fakta.

Menunggu ketibaan Ustaz

Tetamu diraikan makan didalam talam.

Tugasan Pok Awang Comel untuk agihan lauk pauk didalam talam

Tengok je?

Lebih kurang 70 orang yang hadir. Alhamdulillah.

Malu-malu pulak. ! Nasi arab, gulai kambing, ayam berempah, ayam masak merah, acar, sambal, pulut panggang, ketupat, martabak, kurma, air oren, air teh O, air teh, air kopi, air mineral.... woi banyaknya....best jugak ye. Siapa sponsor ni? Ni mesti yang baju biru berkopiah merah!

Siapa masak ni? Buatlah sekali lagi tidak cukuplah Pok Teh weh...Best .... sampai jilat talam.

5 orang 1 talam. Ustaz berbaju hijau, Tuan Haji Hanafiah (MTD Chukai) berbaju kemeja petak, Tuan Haji Othman (SU MTD Chukai merangkap Pengerusi PAS Cawangan Kg Jaya) berjubah putih, Tok Batin berbaju Melayu.

1talam 7 orang anak-anak jemaah.

Tiada nasi tambah, sebab dah habis... cukup-cukup untuk 70 orang.
No comments:
Post a Comment