Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 21 August 2011

SUMBANGAN RAYA


Kemaman, 19hb. Ogos - PAS Kawasan Kemaman meraikan seramai 200 orang para guru PASTI, pondok, sekolah rendah Islam dan taman pengajian Islam dengan sumbangan wang tunai sempena kedatangan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Ismail Harun di Wisma Purnama semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik yang memberi tazkirah ringkas kepada semua yang hadir, Naib Yang DiPertua, Ustaz Hj Hazri Jusoh, Setiausaha, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Bendahari, Haji Johan Ismail.
Haji Ismail berkata, 'Walaupun PAS Kemaman tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak, jasa dan pengorbanan para guru dan alim ulama mendidik anak bangsa menjadi barisan pelapis Gerakan Islam tidak ternilai tingginya dan dalam suasana kewangan yang mengengkang, PAS Kawasan tetap meraikan pengorbanan para guru dengan memberi sumbangan kepada hampir 200 orang meliputi para guru/pembantu PASTI, Pondok Al Mustakim di Binjai, Pondok Darul Ulum di Bukit Takal, Pusat Pengajian Taman Islam di Bakau Tinggi dan Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa.

 
Haji Ismail seterusnya berkata, 'walaupun dalam suasana masyarakat meragui kewibawaan SPR, gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat disekat dan Insyaallah dalam PRU Ke-13 nanti akan berlaku perubahan politik yang besar di Malaysia ini', ujarnya.
Beliau menanbah lagi, 'PAS Kawasan amat menyanjung tinggi peranaan yang dimainkan oleh para alim ulama dan guru - guru dalam menyebarluaskan mesej Islam yang diperjuangkan oleh PAS kepada masyarakat sekeliling kerana mereka ini sebenarnya menjadi agen penerangan masyarakat di peringkat akar umbi', terangnya lagi.






No comments:

Post a Comment