Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 2 August 2011

SAMA-SAMA BANTULAH MEREKA INI


Melalui perbualan telepon penulis dengan SU, arahan dikeluarkan untuk menyampaikan serta merta bantuan kebajikan kepada saudara kita ini yang telah diwakilkan kepada Tuan Haji Man. Semoga bantuan kecemasan ini dapat dimanafaat sepenuh oleh saudara kita Encik Shamsul bahar daripada Kampung Gong Limau sebelah perumahan merpati. Beliau yang tinggal dirumah sewa tanpa bekalan elektrik.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai buruh kasar iaitu mengangkat barangan daripada lori. Setelah sakit kerana diserang penyakit strok tugasan mencari rezeki terpaksa ditanggung oleh isterinya dengan membuat kueh. Beliau yang dikurniakan 2 cahayamata.

Apa yang difahamkan beliau telah terpinggir daripada menerima sebarang bantuan daripada JKKK. Walaupun janji ditaburkan berulang kali. Oleh itu penulis mengharapkan sebarang sumbangan peribadi kepada Encik Shamsul Bahar hendaklah melalui SKJ. Kerana saudara kita ini sukar untuk dihubungi.

Saudara kita juga berdepan dengan dugaan daripada Allah iaitu anaknya (foto) yang sakit lelah dan menpunyai batu zakar 1 (telur) dan perlukan pembedahan segera. Menurut katanya yang diceritakan oleh doktor Hospital Kemaman, batu zakar telah naik ke atas dan boleh rosak sekiranya tidak dilakukan pembedahan segera. Pada penjumpaan ringkas penulis dengan saudara kita,  Tuan Haji Man sudi menghulurkan sumbangan peribadi wang tunai bagi mengembirakan hati isteri yang mengharapkan sesuatu daripada kepulangan suaminya nanti.

No comments:

Post a Comment