Sempat bersembang dengan seorang pengawal keselamatan.
Tinggalnya di kampung pedalaman. Aku saja-saja bawa tajuk politik
ringan-ringan. Maklumlah mungkin pakcik ini seorang yang totok birunya.
Saja-saja nak tengok reaksinya dan fikrahnya. Niat aku nak bagi ilmu politik
sikit kepada orang tua yang dah menjangkau umur 50-an ini.
Nampak benar hujah dan cerita politiknya datang dari
sumbatan pemimpin BN yang berceramah di kampung-kampung. Aku nak ambil tiga
perkara sahaja bagaimana pemimpin UMNO loyar buruk dengan orang kampung dan
bagaimana pula sikap mental orang kampung macam pakcik jaga ini.
Pertama, dikondemnya PAS kerana minta derma dalam ceramah.
Katanya, sepatutnya PAS bantu rakyat. Ini terbalik, rakyat pulak yang bantu
PAS. Kedua, rakyat nak tengok juga bangunan tinggi-tinggi. Takkan nak tengok
semak dan hutan saja. Ketiga, dari mana DS Anwar Ibrahim dapat banyak duit
selepas jadi Timbalan Perdana Menteri kalau tidak dibantu oleh Yahudi.
Aku tak bercadang nak terangkan tiga isu tersebut kepada
pembaca yang cerdik politik. Apa yang aku nak bawa ialah bagaimana cara
pemimpin BN ‘melembukan’ orang kampung dengan hujah-hujah yang sangat tidak
cerdik. Kalaulah pemimpin BN dibawa berdebat dengan anak muda tingkatan 6 pun,
aku pasti terkantoi pemimpin keris telanjang (simbol sebuah parti politik
haprak) ini.
Apa pula peranan kita? Ya, orang kampung terutamanya orang
tua perlu didekati selalu. Hati mereka hendaklah diikat dengan budi. Hanya
dengan berbudi baru karat-karat biru mula luntur daripada menyaluti tubuh badan
mereka. Kalau miskin, dibantu dengan benda. Kalau mangsa bencana, dibantu
dengan tenaga. Kalau sakit atau kematian, lawati dan tunjukkan simpati kepada
mereka.
Ayuh, lakukan apa sahaja dalam tempoh sebulan atau dua bulan
sebelum hari mengundi ini. Gerakkan segala tenaga, gadaikan masa dan harta demi
mengaut undi-undi Melayu sebanyak 5% lagi untuk kita sama-sama menuju ke
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment