Setiap orang ada pengaruh masing-masing. Bukan sahaja
menteri ada pengaruh terhadap rakyat, malah seorang tekong bot ada pengaruh
terhadap awak-awaknya, apatah lagi bos sebuah syarikat atau jabatan. Ada orang yang sangat berpengaruh dalam
persahabatan. Ada pula yang berpengaruh dalam keluarga.
Ada orang membawa pengaruh melalui kepetahan berkata-kata. Ada orang berpengaruh melalui intelek dan harta-benda. Dan ada orang yang berpengaruh melalui kehebatan akhlak dan peribadi. Pengaruh mampu menjana kekuatan diri. Pengaruh adalah ‘besi berani’ yang menarik massa kepada menyokong, mentaati, kebersamaan terhadap seseorang.
Politik adalah bercirikan aspek ini. Politik melibatkan
kepimpinan dan kepengikutan. Justeru, pengaruh amat relevan untuk menarik
sokongan massa kepada suatu idealisma. Pilihanraya merupakan penilaian suatu
sokongan pengundi untuk membentuk kerajaan. Orang akan menyokong sesuatu parti
apabila berjaya dipengaruhi minda dan inteleknya.
Penyokong Pakatan Rakyat amat mengharapkan berlaku perubahan
dalam PRU13 yang tidak beberapa lama lagi ini. Harapan ini mesti disokong oleh
usaha yang gigih dan pengorbanan yang besar. Bukan kerja yang senang hendak
menumbangkan ‘kerbau biru’ yang kuat
makan itu. Kebarangkalian untuk PR menang dan BN tumbang pada PRU13 ini pada
kedudukan terbaik dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. PR jangan buat sebarang
kesilapan yang menjejaskan sokongan rakyat. Kata, Naib Presiden PAS, Dato’
Husam Musa, kini PAS kena berada dalam tempoh berpantang.
Kemenangan pasti milik kita jika setiap ahli dan penyokong
menggunakan pengaruh masing-masing secara maksimum. Tauke kedai mesti mempengaruhi pekerjanya. Bos jabatan
mesti mempengaruhi orang bawahannya. Kawan mempengaruhi kawan. Jiran
mempengaruhi jiran. Anak-anak yang berpengetahuan mempengauhi ayah di Felda
dan di kampung. Inilah peranan setiap orang yang ingin melihat perubahan
politik dalam negara berlaku. Marilah
kita semua membawa semangat “INI KALILAH”.
No comments:
Post a Comment