Baru-baru ini saya ada terdengar tazkirah seorang Ustaz yang memetik kata-kata Orang Alim, katanya: Kalau Allah SWT hendak memberi kebaikan kepada seseorang itu, tambah-tambah pula di bulan ramadhan ini, maka Allah SWT akan jadikan orang itu sibuk dengan urusan/kerjabuat untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Maksudnya, sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.
Sebab itu, bila ada seorang sahabat dari Terengganu hantar email
ajak Jalan-Jalan Masuk Kg bagi sumbangan kepada orang-orang miskin di sana;
walau pun ambik masa 7 jam perjalanan dari Kedah ke Tganu, tapi sebab dok
ingatkan tazkirah Ustaz tadi, saya gagahkan juga diri untuk turun ke Kemaman,
Terangganu hari Sabtu 28 Julai ini. Mudah-mudahan ada kebaikannya menanti di
sana.
Sebut pasal Kemaman, kalau kita google Internet bab Isu
Kemiskinan di Malaysia, Daerah Kemaman sama naiknya dengan Baling, daerah
kelahiran saya di Kedah sana. Kedua-dua daerah ini termasuk dalam kawasan
kajian awal kemiskinan di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Aziz di sekitar tahun
60an dulu.
Secara kebetulan orang rumah saya orang Kemaman, lahir dan
dibesarkan dalam keluarga Nelayan yang serba kekurangan. Maka bila anak Penoreh
Getah dari Baling Kedah bertemu jodoh dengan anak Nelayan dari Kemaman,
Terengganu; kisah kemiskinan terus menjadi sebahagian daripada sejarah
keturunan kami.
Mungkin kerana kami berdua pernah hidup dalam kemiskinan
agaknya, maka bila ada kawan ajak turun padang bantu orang miskin, mudah saja
kami berbuat demikian.
(Melihat gambar anak kecil ini mengingatkan isteri saya dirinya
sewaktu kanak-kanak tatkala menanti kepulangan arwah ayahnya dari laut - entah
kan pulang entah kan tidak!)
Ibunya hanya bergantung kepada upah siang ikan sekilo 60 sen
untuk makan minum mereka sehari-hari. Bayangkan kalau nak beli beras 10kilo
RM25, kena siang 40 kilo ikan!! – orang macam mereka ini, kalau ada orang boleh
bagi beras, pasti amat-amat menghargainya.
Menurut sahabat kami, keluarga ini adalah yang paling
daif antara semua. Ayah bekerja tidak menentu, anak-anak 4 orang. Si kecil ini
OKU. Ibunya pula walau pun baru 40an tapi raut wajah nampak macam orang berusia
60n, mungkin kurang zat makanan agaknya.
Ini adalah gambar seorang Ibu Tunggal anak 5; bila tengok gambar dia, terus saya teringatkan kisah seorang Ibu Tunggal di Baling, Kedah bernama Kak Mazni yang pernah kami bantu suatu ketika dulu.
Apa tidaknya, sampai mati pun saya tak akan lupakan Kak Mazni – beliau menangis teresak esak bila saya hulurkan Duit Note RM50. Dia kata, “Terima kasih lah adik, terima kasih banyak-banyak (sambil menangis tersedu-sedu), orang ingat kakak ni senang, kakak ada duit, walhal anak-anak kakak pergi sekolah tak makan apa, tak bawa duit…”
Sungguh saya tak sangka RM50 itu bagi sesetengah orang cuma untuk sekali bubuh minyak kereta saja, tapi bagi Kak Mazni besar nilainya.
Macam itu juga dengan Kakak dalam gambar di bawah ini, cuti Raya Cina 2012 yang lalu, kami ada singgah di rumah beliau bagi sumbangan beras gula kopi serba sikit. Bila dia dapat beras sekampit pertama yang kawan-kawan bawa turun dari kereta saya tu, terus Kakak ini cakap:
Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat
pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TIMA KASIH TIMA KASIH
berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang
dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.
Tak sangka - ada orang menangis bila dapat beras!
Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia
ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila
bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya
anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan
keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa
saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.
(Rumah pusaka arwah mak/pak mertua saya di Kemaman – tidak ada
lagi adik beradik yang tinggal di sini setelah masing-masing berkeluarga)
Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami
sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman
mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan.
(Menunggu masa menyembah bumi)
Makcik Tua ini pula terkejut dengan kunjungan sahabat kami
sewaktu Team NGO Wargakilang Pantai Timur masuk ke kg-kg di Kuala Kemaman
mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan.
Ini pula adalah rumah typical kaum Nelayan di Kuala Kemaman,
insyaallah antara yang tersenarai dalam list penerima sumbangan nanti.
(Rumah berbumbung dan berdinding Zink Usang dihadang dengan
kain/kanvas)
Semua sekali, insyaallah ada 20 buah keluarga miskin yang bakal
menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka menempuh saki baki baki
Ramadhan yang tinggal.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Walaupun kalian semua tidak mengenali kakak ini dan juga watak-watak
lain dalam coretan saya ini, tapi percayalah mereka semua adalah SANAK SAUDARA
kita, yang dihubungkan secara ghaib melalui kalimah SYAHADAH yang ada di
dada-dada kita.
Maka itu, kalau ada masa, mai lah join team kami, NGO
WARGAKILANG yang baru belajar nak bertapak di Pantai Timur ini – maghi lah
bersama sama kami berkumpul di parking lot Masjid Geliga, Kemaman seawal jam
8.00 pagi, Sabtu 28 Julai 2012. Bawalah apa yang ada, insyaallah jika diizinNya
kita akan membawa sumbangan untuk 20 keluarga.
Moga kerja buat kita untuk memberi kebaikan kepada orang lain
ini akan dicatakan sebagai pahala kebaikan daripada Allah SWT untuk kita semua.
Terima Kasih.
24.7.12
Admin SKJ: Menitis air mata penulis membaca kisah fakir miskin.
Sesungguhnya kemiskinan itu sangat hampir dengan kekufuran jika ilmu agama
kosong. Bantulah wahai sahabatku sekian. Selamatkan sahabat kita daripada
kemiskinan.
No comments:
Post a Comment