Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday, 14 July 2012

Himpunan Oren di Kuala Lumpur










Makcik 61 Tahun ini Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren 

Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

“Makcik dah biasa dah.”

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.”
 

Admin: Mungkin Mak Cik ini jenis orang IT sentiasa buka FB dan blog.





KUALA LUMPUR: Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.

Mereka dibawa dengan kenderaan polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 petang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.
Admin: Ketua Penerangan Umno menyatakan dalam twitternya bahawa hanya 1,000 orang sahaja hadir pada Himpunan Oren sebentar tadi. Tetapi gambar ini menjawab dakwaan Ahmad Maslan. Nampaknya seorang demi seorang pemimpin Umno/BN gagal matematik.

Saya yakin jika Ahmad Maslan mengira jumlah seramai ini hanya 1,000, sudah tentu Rais punya kiraan hanya 100 orang sahaja.

TV3 dan RTM sudah tentu tidak akan menayangkan gambar himpunan ini. Kalau ditayangkan pun semasa mereka sudah bersurai atau ketika wakil peneroka bergerak ke Istana Negara

Inilah standard media di Malaysia

No comments:

Post a Comment