Penampilan era 80an. Jejaka yang kacak sentiasa menjadi siulan anak gadis remaja yang meminatinya dalam bidang sukan dan muzik. Kereta Datsun model "kuih Bauhulu" menjadi saksi perubahan diri Ustaz setiap hari. Dan kereta inilah yang menjadi kuda tunggangan sewaktu mula-mula datang ke Kemaman untuk kuliah maghrib di Surau Jabor.
Semasa kuliah berkenaan, Ustaz masih sempat bergurau dengan ahli jemaah supaya hadiahkanya satu kereta yang baru bagi memudahkan perjalanannya untuk berkuliah. Bermula dari detik itulah, ustaz menunjukan satu perubahan yang ketara untuk memujuk remaja dan pemuda untuk sama-sama bangkit sayangkan Islam. Pada awalnya golongan pertengahan dan warga emas kurang meminatinya kerana bahasa yang digunakan agak kasar dan keras. Tetapi sekarang ini Alhamdulillah... tuhan memberi yang terbaik untuknya meneruskan perjuangan dalam merakyatkan rakyat negara ini agar bangun bersama Islam secara keseluruhannya.
Pada dahulunya, penulis SKJ terpaksa membeli CD-CD ustaz untuk memperdengarkan kepada rakan-rakan sepejabat supaya dengar dan fahami isi kandungan kuliah yang disampaikan. Dan jangan cepat melatah apa yang ustaz sampaikan sekiranya kita tidak jelas tentang hukum.
Ketika dahulu kuliah ustaz hanya di Ladang, Gelong Bilal dan Pinang Merah Paka dan berapa buah lagi yang surau yang berdekatan mengambilnya untuk mengajar selepas solat maghrib. Tetapi sambutannya di kawasan kuala Terengganu agak suram. Semasa kehadiranya ke Masjid Pinang Merahlah, bangkitnya remaja yang semakin minat untuk mengikuti kuliahnya. Setelah ustaz datang ke Daerah Kemamanlah satu kejutan yang besar apabila sambutannya boleh dikatakan yang teramai ketika itu. Alhamdulillah.
Dan nama Tok Batin pun tersebar memluas di Daerah Kemaman kerana dialah yang membawa ustaz ke sana dan kemari. Siapa Tok Batin? Tok Batin sekarang sudah bertukar tempat kerja dari Kemaman ke Melaka dan .....? Tetapi Tok Batin masih lagi penggerak utama dalam kuliah ustaz di Daerah Kemaman. Tok Batin adalah AJK SKJ Lujnah Penerangan. Terima kasih Tok Batin kerana jasa mu membawa ulama ke Bumi Kemaman yang sekarang ini SKJ menjadi tumpuan orangramai.
Dengan perkembangan terkini ustaz yang semakin sibuk dengan jadual kuliah dan berbagai-bagai program teratur. Maka peluang bagi surau dan masjid yang dahulunya ustaz boleh singgah setiap mingguan tetapi sekarang ini bertukar bulanan. Di atas permintaan peminat seluruh tempat di semenanjung yang mahukan ustaz hadir secara bulanan ditempat mereka. Terpaksalah banyak perubahan yang dilalui.
Oleh itu penghijrahan yang
beliau pilih. Kini sudah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di
Malaysia. Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh
sesak satu masjid. Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar
Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda
melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan
ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan
memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.
Siapa pun kita pada
hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin
Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa
beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita
berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas.
Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita! Berubahlah jangan ditangguh lagi.
No comments:
Post a Comment