Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 20 November 2011

TOKOH MAAL HIJRAH



Ramai pihak memperkatakan mengenai isu negatif, isu murtad, isu seksualiti merdeka, isu gejala buang bayi, isu penyalahgunaan kuasa, isu rasuah, isu dadah dan sebagainya. Semuanya negatif belaka, begitu kurang digembar gemburkan isu positif, seperti ulama Negeri Terengganu yang merupakan tokoh muda yang paling hebat di Malaysia yang boleh mengalahkan ustaz barisan dan para professor di university iaitu Ustaz azhar Idrus.

Begitu juga isu tokoh bolasepak Malaysia, secara khususnya bintang bolasepak Negeri Sembilan yang menjaringkan gol kemenangan pasukan Negeri Sembilan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, satu gol “first timer scissors kick” yang paling cantik yang saya saksikan.

Saya ingatkan gol Hairudin Omar tu yang paling cantik, rupa-rupanya yang paling cantik ialah gambar Hairudin Omar mengimamkan solat Isya di bilik persalinan selepas pertandingan. Walaupun gambar ini telah lama berlegar-legar di internet, dan diambil secara spontan, bukan dirancang, tetapi nampaknya isu ini kurang dijadikan modal untuk menarik para belia untuk menjadikan isu solat sebagai isu paling utama untuk menyelamatkan akidah umat.

Sehubungan dengan itu Blog suraukgjaya menobatkan Hairudin Omar sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 H (Maaflah Hai O, setakat nobat je, Kami bukan jutawan nak bagi wang ringgit sebagai hadiah atau nak bagi banglo sebuah atau pergi umrah)

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 H kepada semua pengunjung Blog suraukgjaya.


No comments:

Post a Comment