Kali ini satu lagi taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat Terengganu melalui projek Lebuhraya Pantai Timur di depan batang hidung rakyat. ReJaM bersama aktivis Jingga 13 sempat meninjau tempat kejadian.
Lihat gambar ini baik-baik, lihat bagaimana Lebuhraya Pantai Timur di kawasan Kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu ini dibina?
Jalan yang lurus, tiba-tiba menjadi bengkok, projek lebuhraya yang sepatutnya melanggar tanah kosong, tiba-tiba dihalakan ke arah rumah orang kampung.
Difahamkan, 22 buah rumah akan dirobohkan akibat jalan ini dibengkokkan melanggar rumah orang-orang kampung Banggol Tuan Muda.
Pampasan yang dijanjikan pula Hanya RM5000 satu lot untuk orang-orang kampung yang terlibat.
BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung.
Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan,
Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini.
Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam.
Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda.
Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan.
" Duit punya pasal 22 rumah orang kampung kena roboh! Jahanam!"
Sumber : milosuam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment