Malam hariraya. Sementara menunggun lembu sampai, kita minum dulu. Tapi sayang malam ini tiada sponsor besar untuk kami. Kebiasaannya ada hamba Allah akan bertanya nak makan apa? Belum habis cakap ayam KFC sampai. Tahun ini, agaknya sponsor berpindah tempat lain kot....
Jam 11 malam sudah berlalu. Lembu sudah sampai 16 ekor. Cuma 12 ekor sahaja akan diturunkan di SKJ pada malam ini. 4 ekor lagi akan di turunkan ditempat yang telah kami pilih iaitu, 2 ekor akan diturunkan di Geliga, 1 ekor di Surau Pasir Semut dan 1 ekor di Kemasik.
Terima kasih kepada muslimat yang sudi memasak pada malam hari raya untuk petugas yang mengawasi lembu sepanjang malam. Walaupun jam 3 pagi baru boleh makan. Nasi puith 5kg, daging masak merah 20kg dan sup singgang 20kg menjadi menu utama.
Tok Bilal Cikgu Lie bergadingan dengan Tok Khatib Ustaz Mohd Najib Bin Ali dan seterusnya menjadi iman solat aidil adha pada tahun ini.
Permulaan khutbah ustaz agak keras peringatannya kepada kita supaya taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya. Supaya berpegang teguh dengan Al Quran dan Hadis Nabi SAW. dengan sentiasa bersama alim ulama dalam meneraju gerakan Islam.
Dalam khutbah aidil adha, ustaz menghuraikan pergorbanan nabi-nabi terdahulu dan sejarahnya, pembelanjaan, hutang dan bajet negara, kehidupan masyarakat hari ini yang lebih pentingkan duniawi, gerakan Islam perlu kemenangan bagi kuasa negara, pencapaian Islam yang ada turun naik, penolakkan hukum hudud dan dakwah Islam, Umat Islam diserang berbagai sudut penjuru, kebangkitan Islam. Walaupun khutbah Ustaz panjang, tetapi ini adalah sebahagian ringkasannya. Semoga kita semua mendapat keredhaanNya. Amin.
Bungkusan plastik berisi daging korban diagihkan untuk tetamu yang memeriahkan suasana program serta agihan kepada fakir miskin di kawasan sekitar.
No comments:
Post a Comment