Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 7 August 2011

SOLAT TARAWIH DAN TAZKIRAH MALAM KE 7 OLEH USTAZ NIK NAZRI NIK MALEK


 Alhamdulillah, Ustaz memberi pujian kepada semua jemaah yang hadir setiap malam kerana dapat memenuhi parking kenderaan sehingga Ustaz sukar untuk mendapatkan parking jika lambat.
 Dalam 4 rakaat terawal tadi, Ustaz menyatakan bacaan 1 muka surat bukannya lama sangat berbanding dengan di Mekah. Di Mekah selesai bilangan rakaat akan diadakan tawaf. Jemaah bayangkan bertapa lama mereka ini mendirikan solat Tarawih. Mungkin sampai subuh dan terus bersahur. Sebab itulah kita perlu mencari sifat al taqwa didalam solat. Supaya terasa dekat dengan Allah SWT. Begitu juga dengan bacaan al-Quran kita, biar sampai menitiskan air mata.
 Ustaz menyatakan kisah sebelah siang tadi, apabila beliau pergi ke kedai dan berserempak dengan pemuda belasan tahun yang sama-sama membeli. Pemuda berkenaan membeli sebotol kecil air bergas, lantas Ustaz bertanya untuk berbuka puasa tengahari kah atau petang nanti. Lalu pemuda berkenaan memberi jawapan secara selamba iaitu saya demam. Adakah dengan demam, kita sanggup tidak menunaikan ibadat puasa?





No comments:

Post a Comment