Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday, 20 August 2011

MTD CHUKAI CAKNA KEBAJIKAN

KEMAMAN: Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai wajar dicontohi semua pihak kerana sikap ‘cakna’ kebajikannya terhadap rakyat miskin.

Ini kerana, pihak berkenaan berjaya menyediakan peruntukan hampir puluhan ribu ringgit untuk diagihkan kepada lebih 800 orang penerima bantuan sumbangan Infak Ramadan tersebut.
Pengagihan dibuat mengikut Unit Peti Undi (UPU) yang melibatkan 21 buah cawangan PAS terpilih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai.
Sehubungan itu, sebanyak empat buah UPU telah menerima sumbangan masing-masing  yang disempurnakan oleh Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat dan Setiausahanya, Haji Othman Abdullah
Semalam (20 Ogos), sejumlah 80 orang fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak yatim menerima sumbangan tersebut.
 
Sebelum itu, Haji Hanafiah turut menyampaikan tazkirah Ramadan di Surau Haji Muda, Geliga Kecil, Chukai, Kemaman, 20 Ogos lalu.

Katanya, dalam rakyat ‘wajib’ membuat perubahan dalam memilih pemimpin negeri kerana didapati Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak relevan lagi.

Menurutnya, semua pihak termasuk kakitangan kerajaan, pegawai, pekerja swasta serta rakyat ‘bawahan’ menyatakan kesediaan bagi membuat perubahan.

“Rakyat hari ini wajib membuat perubahan untuk memilih pemimpin negeri dan negara dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Umno-BN sudah tidak relevan dan hilang keyakinan rakyat. Semua orang hari ini termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan bercakap mahu berubah.

“PAS mesti ganti Umno, untuk selamatkan rakyat dan tanahair dari terus tergadai oleh kepimpinan kerajaan yang rasuah dan menyeleweng,” tegasnya dihadapan 80 orang penerima sumbangan tersebut.

Katanya, ‘kuasa’ memilih kerajaan terletak ditangan rakyat dan jika tersalah pilih akan dipersoalkan dihadapan Allah SWT kelak.

Menurutnya, tanggungjawab tersebut merupakan suatu kewajipan sebagaimana arahan dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Selepas majlis tersebut, Haji Hanafiah turun ‘padang’ menziarahi rumah ke rumah  bersama wartawan Harakah bagi menyampaikan sumbangan dari Dana Ramadan Harakah

Antara golongan sasaran tersebut fakir miskin, ibu tunggal serta warga emas yang dhaif di beberapa buah kampung sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Idulfitri tidak lama lagi.
Sekitar jam 12.30 tengahari, beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu bergegas pula ke kampung Jabur Kubur, Gong Limau, Chukai untuk menyertai acara mengacau bubur lambuk.

Tinjauan mendapati sejumlah enam kawah bubur lambuk tersebut disediakan oleh pihak Muslimat Dun Chukai sebelum diagihkan kepada 1,500 orang penduduk.

Manakala, pada jam 1.30 petang, Haji Hanafiah dan rombongan Harakah sempat melawat dan menziarahi seorang tokoh dan pengasas di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman, Ustaz Mohd Zawawi Abdullah atau lebih dikenali ‘ayah da’ Taman Islam.

Ayah Da (Zawawi) dimaklumkan berusia 58 tahun dan telah jatuh sakit sejak hampir sebulan lalu setelah disahkan mengidap penyakit kencing manis agak kronik.
Beliau keletihan yang teramat sangat hingga hilang selera makan-minum dan dipercayai tidak dapat membuang air besar selama dua minggu.

Sehubungan itu, Haji Hanafiah memohon sesiapa yang mengenali ‘Ayah Da’ terutama di kalangan anak murid di Taman Islam ini agar mendoakan kebaikan serta kesihatan yang sempurna.

Sumbangan Harakah termasuk wang tunai, beras dan keperluan asas disampaikan oleh Hanafiah dan wakil Harakah di rumahnya.

Ustaz Zawawi mempunyai tiga orang isteri dan isteri pertamanya telah meninggal dunia serta mempunyai 18 orang anak yang masih hidup.

Justeru itu, mana-mana pihak dan penyumbang Infak Ramadan boleh meneruskan sumbangan tersebut sebelum menjelangnya hari raya.

SUMBANGAN DI KUALA KEMAMAN

Kuala Kemaman 16/8/2011- Sempena Ramadhan Mubarak Pengarah PAS Chukai Hj Hanafiah Mat, Menyampaikan sedikit sumbangan yang berupa barangan dapur & wang Tunai kepada 40 orang penerima di rumah murah Kuala Kemaman. Majlis tersebut diadakan di Markaz PAS Kuala Kemaman.




No comments:

Post a Comment