SEBELUM Perdana Menteri Najib membentangkan belanjawan negara pada hari Jumaat ini, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia , Anwar Ibrahim lebih awal membentangkan belanjawan alternatif.
Ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat benar-benar sudah bersedia untuk memerintah negara ini jika dipilih pada Pilihanraya Umum akan datang.
Apa yang menarik, Pakatan Rakyat menawarkan gaji minimum sebanyak RM1,100 kepada tenaga kerja negara ini disamping tambahan RM500 gaji kepada para guru .
Fenomena ini begitu cantik dan menyenangkan hati rakyat. Jelas sekali rakyat dapat menilai bahawa pemimpin hari ini wajar mengutamakan rakyat jika ingin dipilih menerajui negara.
Najib masih ada dua hari untuk meminda Bajet 2012 yang akan dibentangkan olehnya Jumaat ini. Takkanlah Najib nak kalah dengan Bajet Pakatan Rakyat? Jangan buat malu Najib oi!
Jelas sekali di sini, Pakatan Rakyat sengaja memberikan masa kepada Najib untuk meminda Bajet yang bakal dibentangkan Jumaat ini demi mengutamakan rakyat. Bukankah slogan Satu Malaysia ialah "Rakyat didahulukan"?
INGAT! Negara ini milik rakyat, bukan milik pemimpin yang hanya tahu bersenang lenang! Kami pilih pemimpin untuk mengurus negara supaya rakyat selesa, bukan buat negara macam bapak kamu yang punya!
ReJaM© "Jangan tau nak naikkan harga barang sahaja..."
No comments:
Post a Comment