Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 24 October 2011

PERSIDANGAN ICT DI KL


Kemaman, 23hb. Oktober - PAS Kawasan Kemaman telah menghantar seramai enam orang peserta ke Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB) 2011 pada 22hb. Oktober lepas bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
Persidangan yang bertemakan 'Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU Ke-13' tersebut dianjurkan oleh Lujnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat telah dihadiri hampir 2,000 peserta dari seluruh Malaysia.
PAS Kawasan Kemaman telah diwakili oleh Ketua Lujnah Penerangan & Dakwah, Amri Mamat, Ketua Jabatan IT, Roslan Endut, Timbalan Ketua Jabatan IT, Mohd Tishaah Hamzah, Setiausaha Jabatan IT, Halfian Ahmad dan SUK DUN Chukai, Ustaz Faizal Yunus manakala Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik sebagai Ketua IT DUPNT.
Perasmian Persidangan ICT & Media Baru 2011 telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sementara Perasmian Penutup oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
(Gambar, kanan - Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan Perasmian Pembukaan sempena PIMB 2011 di KUIZM, semalam).
Perasmian Penutup oleh YB Tuan Guru Presiden PAS telah disiarkan secara langsung secara 'delay telecast' kepada semua peserta kerana beliau berada di Besut, Terengganu pada waktu yang sama.
Pengerusi Lujnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin  telah membuat Ucaptama Persidangan dengan menghuraikan tema persidangan sebagai fokus utamanya.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh para panel dan pembentang antaranya YB Dr Mohamad Fadzli Hassan (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan), Zulkifli Yahya (Pengarah, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah) yang mewakili YB Dr Ismail Salleh dan YB Dato' Kamaruddin Jaafar (Pengarah Urusan Harakah).
Sessi petangnya amat menarik dengan slot Diskusi ICT dan Media Baru dimana ahli panelnya terdiri dari Ahmad Lufti Othman (Ketua Pengarang Harakah), Professor Dr Azmuddin Ibrahim (UniSel) dan Dr Firdaus Binti Ahmad Azzam (CEO My Global Intellect)  yang dimoderisasi oleh YB Drs Khalil Idham Lim.

Sebelum penutupan persidangan, Pengarah Persidangan, Shuhaimi Embong telah mengeluarkan tiga resolusi persidangan yang akan diimplimitasikan di semua peringkat baru menghadapi PRU Ke-13 nanti.



Pengarah Jabatan IT PAS Terengganu, Haji Mohamad Iszeham Mat Ali (berkot hitam) bersama Roslan Endut, Halfian Ahmad & Ustaz Faizal Yunus



Pengarah Urusan Harakah, YB Dato' Kamaruddin Jaafar sedang membentang kertas kerja bertajuk 'Transformasi Media Cetak kepada Media Baru - Pengalaman Harakah'.






Pengarah Persidangan, Shuhaimi Embong sedang mengalukan kedatangan tetamu dan peserta





No comments:

Post a Comment