Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 19 April 2013

SEBUAH PESAN BUAT PERANTAU


Salam,
Kami di cawangan dan kawasan amat-amat mengharapkan saudara-saudari pulang mengundi untuk PAS/PR. Mengikut culaan dan kajian kami, banyak kerusi nanti akan ditentukan pemenangnya oleh pengundi-pengundi yang berada di luar kawasan. Kami sedar bahawa ramai penyokong yang berada di seluruh pelosok Negara. Tanpa kepulangan dan undi saudara-saudari, berkemungkinan kita kalah tipis kepada lawan kita, UMNO/BN.

Kami di cawangan dan kawasan dah mula mencari dana tambahan untuk duit minyak  agar dapat diberikan kepada saudara-saudari yang jauh. Inilah petanda bahawa kami sangat-sangat memerlukan kepulangan dan undi saudara-saudari. Andaikata RM100.00 untuk duit minyak setiap pengundi. Kalau satu DUN ada 500 pengundi yang merantau, maka kami sedang pecah peluh mencari dana sebanyak RM50 000.00 untuk menjayakan misi “PAS/PR Melangkah Ke Putrajaya”.


Kami di kampung ini yang ramainya petani, nelayan, buruh kasar, kerja sendiri, peniaga runcit di pasar, dan pengayuh beca. Kami kumpulkan duit-duit kami untuk beli bendera, pasang poster dan bina markaz. Alhamdulillah, pemuda-pemudi, penyokong dan ahli perjuangan Islam tak memerlukan upah untuk buat kerja sehingga larut malam. Tapi kami prihatin. Kami nak sediakan minuman dan biskut kering untuk mereka agar mereka tidak haus ketika bekerja untuk Islam.

Duit tabungan kami hampir kering. KIni kami kena usahakan pula duit minyak saudara-saudari. Kami nak saudara-saudara balik mengundi. Biarlah malam kami bekerja, siang kami mencari duit, asalkan saudara-saudari balik mengundi untuk Islam. Janganlah kerana masalah duit, saudara-saudara tidak pulang mengundi. Janganlah kerana rasa PAS dah menang, saudari nafikan  1 undi untuk kami. Janganlah kerana sedikit demam dan sedikit urusan yang boleh ditangguhkan, saudara-saudari tangguhkan kemenangan Islam.

Pulanglah perantau, batu-bata perjuangan ini. Biarlah kami yang memanjat pokok menggantung bendera, bersengkang mata bermunajat dan membuat segala kerja kerana kami adalah kuli kepada Allah, pemilik perjuangan ini. Biarlah kami bergolok bergadai sebagai jihad untuk memenangkan Islam yang suci. Kami tak akan biarkan Islam kembali dagang pada zaman kami yang mencabar ini.

Saudara-saudari pulanglah. Balik mengundi dan pangkah kami.  Ingatlah, kami telah berfikir ketika mendaki anak bukit memanjat pokok gantung bendera, “ jikalah terjatuh dan mati. Kami reda………asalkan kami tinggalkan Islam untuk saudara-saudari serta anak cucu kita nanti.

No comments:

Post a Comment