Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 10 March 2012

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN KAMPUNG JAYA.

9 Mac 2012 Jumaat jam 9.30 malam mesyuarat agung Pas cawangan Kampung Jaya bermula dengan pembukaan surah Al Fatihah oleh Timbalan Pengerusi tetap Tuan Haji Mahmood. Alhamdulillah kehadiran Pengerusi Pas Cawangan Kampung Jaya Tuan Haji Othman, kehadiran Tuan Haji Zulkifli Md Yakin Ketua Lujnah Kebajikan Pas Kawasan Kemaman yang merasmikan mesyuarat ini menggantikan Ustaz Nik Nasri (Timbalan Yang Dipertuan Pas Kawasan Kemaman) kerana tidak dapat hadir kerana terpaksa ke Johor. Dan juga jutaan terima kasih kerana kehadiran Tuan Pengarah Tindakan Dun, Tuan Haji Hanafiah Mat ke mesyuarat kali ke 8 ini.

Kehadiran AJK dan ahli .. Alhamdulillah. Mesyuarat berjalan lancar tanpa pembahasan yang memanjangkan masa. Mungkin ahli-ahli sudah faham tugas masing-masing dan peranan yang perlu dilakukan pada PRU13 nanti.







kehadiran pemerhati daripada Keadilan.





Dalam ucapan agenda terakhir, pembahasan penyata kewangan bagi tahun 1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2011. Walaupun tiada yang ingin dibahaskan, Tuan Haji Tahir selaku bendahari Pas Cawangan Kampung Jaya membentangkan secara kasar iaitu pendapatan bagi Kuitpan kuliah RM29.016.00 (belanja RM28,531.00), program korban RM40.210.00 (belanja RM38,240.00), Majlis berbuka puasa RM7,370.00 (belanja RM4,190.00), Yuran Pasti RM23,932.00 (belanja RM19,360.00), kutipan bantuan fakir miskin RM3,186.00 (belanja RM1,855.00). Ini adalah pendapatan secara keseluruhannya RM151,221.92 (belanja RM126,028.55) dan berbaki di bank RM24,982.82 serta di tangan RM2... Alhamdulillah. 

Tuan Haji Zukifli Md Yakin merasmi mesyuarat agung yang ke 8.

Sebagai penutup mesyuarat, Pengerusi mesyuarat memberi masa 5 minit untuk Tuan Pengarah berucap. Alhamdulillah atas kesempatan masa yang singkat itu, Tuan Pengarah menyampaikan amanat yang perlu disegerakan oleh Pas cawangan. Beliau seterusnya memberi sedikit maklumat terkini mengenai negeri kedah. Alhamdulillah ... ahli-ahli boleh faham dan apa yang berlaku di kedah sama juga berlaku di negeri Terengganu semasa Pas memerintah iaitu peranan orang-orang UMNO dalam Pertadbiran kerajaan yang merancang kecelaruan dalam pimpinan Pas. Begitulah jahatnya perancangan musuh politik yang menolak hukum haramnya bebuat jahat atas muka bumi Allah. Apa yang menariknya Tuan Haji Hanafiah menyatakan pada awal bulan April 2012 nanti akan ada 1 lagi Himpunan ABU - Asal Bukan Umno di Dataran Geliga secara besar-besaran. Mungkin 3 hari 2 malam. Mesyuarat bersurai jam 11.30 malam selepas menikmati nasi arab. Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment