Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday 23 March 2012

KAFA AFNAN DI SKJ

Contoh Kontena yang dikehendaki oleh SKJ pada pandangan belakang bagi kegunaan kelas Pasti dan Kafa. Disebabkan penambahan pelajar Pasti dan Kafa di SKJ, pihak SKJ sangat-sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2 buah kontena untuk penambahan kelas pembelajaran mereka. Jika dibangunkan bangunan, kosnya terlalu tinggi dan proses pembuatannya lambat untuk disiapkan. Sedangkan keperluan kelas sekarang ini sudah menjadi "urgent". Sebab itulah pihak SKJ mengharapkan sebarang sumbangan kewangan mahupun kontena dapat disegerakan bagi kelancaran pembelajaran anak-anak Pasti dan Kafa di SKJ.

Gambar dirakam pada 23 Mac 2012 Jumaat ketika pelajar-pelajar Kafa Afnan mengadakan solat sunat dhuha yang diperhatikan oleh Ustaz dan Ustazah.  Pelajar-pelajar sentiasa diajar cara solat yang betul contoh solat asar walaupun ketika ini waktu dhuha tetapi Ustaz dan Ustazah memandang berat agar semua pelajar-pelajar ini faham dan mengamalkannya secara betul. Perkara ini terpaksa dilakukan kerana ibubapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan waktu malamnya di surau tidak dapat memberi ruang kepda anak-anak untuk menunjukkan kekurangan yang masih ada pada anak-anak ini. 






Alhamdulillah ini adalah anak-anak kita, generasi yang akan bangkit sebagai khalifah di atas muka bumi.

No comments:

Post a Comment