Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 28 March 2012

CATATAN

Cantik dah kalu kita gandingkan bersama dalam satu sessi kuliah di Kemaman?

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan April 2012. Kenapa ustaz tidak datang ke Kemaman...? Awak jawab sendirilah.

Jommm....

InsyaAllah kuliah maghrib pada 28 Mac 2012 Rabu akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Najib Bin Ali. Nasi Dagang disediakan. Semua dijemput hadir.
27 Mac 2012 Selasa selepas solat isyak penyampaian agihan sumbangan kepada fakir miskin. Turut menerima Pok Awang Scotland. Pihak SKJ mengharapkan orangramai akan memberi lagi sumbangan bulanan bagi membantu insan yang kurang bernasib baik. Apabila sumbangan daripada orangramai mencapai target, barulah pihak SKJ akan agihkan kepada yang berhak. Sebab itulah pihak SKJ merayu sangat agar sumbangan bulanan ini sentiasa aktif bagi melancarkan segala bantuan yang diperlukan dapat disempurnakan secara bersistematik. 
27 Mac 2012 Selasa jam 9.20 malam hingga 11.30 malam kerja-kerja menyiapkan tiang netball bagi kegunaan pelajar Pasti Al Falah. Sebelum ini pihak AJK SKJ telah menyiapkan padang dan tiang gol bagi sukan bola sepak untuk pelajar Pasti Al Falah.
InsyaAllah kuliah maghrib pada 30 Mac 2012 Jumaat akan disampaikan oleh Suhaimi Md Saad. Semua dijemput hadir. Selepas itu ustaz akan berceramah di Pengkalan Pandan di depan Surau. Pakat-pakat meramaikannya.

No comments:

Post a Comment