Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 8 November 2011

PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH 2011 M/1432 H


Malam hariraya. Sementara menunggun lembu sampai, kita minum dulu. Tapi sayang malam ini tiada sponsor besar untuk kami. Kebiasaannya ada hamba Allah akan bertanya nak makan apa? Belum habis cakap ayam KFC sampai. Tahun ini, agaknya sponsor berpindah tempat lain kot....



Sambil makan, sambil tengok cd kisah nabi dan kuliah ustaz azhar.

Jam 11 malam sudah berlalu. Lembu sudah sampai 16 ekor. Cuma 12 ekor sahaja akan diturunkan di SKJ pada malam ini. 4 ekor lagi akan di turunkan ditempat yang telah kami pilih iaitu, 2 ekor akan diturunkan di Geliga, 1 ekor di Surau Pasir Semut dan 1 ekor di Kemasik.


Lembu No 9 (aqiqah) disembelih pada malam hari raya.

Jam 12 malam baru boleh sembelih. Ini pun hujan mencurah-curah.





Pembayaran melalui cek dilakukan pada malam penyerahan lembu.

Sian daging siap jam 1.30 pagi


Terima kasih kepada muslimat yang sudi memasak pada malam hari raya untuk petugas yang mengawasi lembu sepanjang malam. Walaupun jam 3 pagi baru boleh makan. Nasi puith 5kg, daging masak merah 20kg dan sup singgang 20kg menjadi menu utama.

Tok Bilal Cikgu Lie bergadingan dengan Tok Khatib Ustaz Mohd Najib Bin Ali dan seterusnya menjadi iman solat aidil adha pada tahun ini. 

Permulaan khutbah ustaz agak keras peringatannya kepada kita supaya taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya. Supaya berpegang teguh dengan Al Quran dan Hadis Nabi SAW. dengan sentiasa bersama alim ulama dalam meneraju gerakan Islam. 

Siapalah kita kalau tidak diuji oleh Allah SWT.?



Dalam khutbah aidil adha, ustaz menghuraikan pergorbanan nabi-nabi terdahulu dan sejarahnya, pembelanjaan, hutang dan bajet negara, kehidupan masyarakat hari ini yang lebih pentingkan duniawi, gerakan Islam perlu kemenangan bagi kuasa negara, pencapaian Islam yang ada turun naik, penolakkan hukum hudud dan dakwah Islam, Umat Islam diserang berbagai sudut penjuru, kebangkitan Islam. Walaupun khutbah Ustaz panjang, tetapi ini adalah sebahagian ringkasannya. Semoga kita semua mendapat keredhaanNya. Amin.



Bungkusan plastik berisi daging korban diagihkan untuk tetamu yang memeriahkan suasana program serta agihan kepada fakir miskin di kawasan sekitar.


Dalam keadaan cuaca yang reduh.

T-shirt berbaju hijau adalah AJK SKJ yang tertulis "ISLAM UNTUK SEMUA"










Alhamdulillah jam 12 tengahari semua siap. Semua yang hadir dijamu makan tengahari.

No comments:

Post a Comment