Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 13 November 2011

IHTIFAL PASTI DAN KAFA 2011

Seawal jam 8 pagi kaunter pendaftaran Ihtifal 2011 dibuka. Ibubapa beratur panjang bagi mendaftar kehadiran anak bersama keluarga. Bagi sudah mendaftar akan mendapat kertas aturcara majlis, cenderahati (ballpen) dan kupon cabutan bertuah.

Terima kasih kepada Ibubapa yang peka tentang masa.

Ustaz Faizan selaku mudir KAFA Afnan dan Pengetua Pasti Cikgu Zura mengambil tugasan seawal pagi sebagai petugas pendaftaran.


Ada kaunter jualan buku, makanan dan permainan kanak-kanak.

Gerai jualan herba dibuka

Dibelakang tabir majlis Ihtifal 2011, muslimat sibuk memasak nasi minyak dan nasi putih, goreng ayam, bungkus kuih, sambal belacan, ikan tongkol masak merah, bubur kacang, acar nenas, air sirap soda dan gulai kawah untuk tetamu yang hadir jangkaan 500 orang. Terima kasih muslimat yang bertugas. 

Makanan anak-anak Pasti dan Kafa dibungkus berlauk ayam goreng. Sememangnyalah anak-anak tidak suka makan daging. Mereka lebih sukakan ayam. Terima kasih muslimat yang prihatin tentang pemakanan anak-anak.




Pengerusi surau Tuan Haji Halim dan Bendahari Tuan Haji Tahir.



Kedatangan Tuan Haji Hanafiah Mat selaku Pengarah Tindakan Dun Chukai amat dialu-alukan pada majlis Ihtifal 2011.

Tepat jam 8.30 pagi, majlis Ihtifal 2011 dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran oleh anak Jemaah yang berumur 12 tahun.








Cikgu Zura selaku Pengetua Pasti memberi  sepatah dua kata bagi meraikan majlis ini.

Ruang pameran bagi KAFA Afnan.

Tapak program majlis Ihtifal 2011 adalah di perkarangan Surau Batu 2, kampung Jaya.

Ustaz Faizan selaku mudir KAFA Afnan memberi ucapan alu-aluan.

Dijemput Tuan Haji Hanafiah Mat memberi sepatah dua kata pada majlis ini. Dalam ucapan beliau yang bertegas menyatakan pendidikan PASTI adalah yang terbaik berbanding dengan cara pendidikan TADIKA Kemas. Walaupun tidak ada dana khas dalam pendidikan tabung PASTI seperti TADIKA Kemas yang disupport oleh kerajaan negeri dan pusat. InsyaAllah PASTI akan bergerak maju kedepan dengan pandidikan cara Islam. Oleh itu untuk melihat kemajuan PASTI yang cemerlang dalam akedemik roh Islam perlulah anda semua menyokong gerakan Islam iaitu PAS sebagai kumpulan yang menerajui pemerintahan negeri dan negara.




Sesekali kita melihat dibelakang tabir, Bertapa sibuknya tugasan muslimat dibahagian dapur.

Kedatangan Ustaz Hishamuddin Abd Karim selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Kemaman dan PASTI adalah dibawah Dewan Pemuda Pas, dijemput khas untuk merasmikan majlis Ihtifal 2011 disini. Terima kasih Ustaz.

Secara ringkasnya dalam ucapan beliau yang menyatakan, beliau bukanlah tetamu istimewa. Kita semua  adalah bersaudara. Oleh itu sama-samalah kita mendidik anak-anak kearah kecemerlangan dari segi akedemik, akhlak yang berasaskan Islam. Beliau yang turut memuji kehadiran ibubapa semua pada majlis Ihtifal 2011 ini kerana kagum tentang ibubapa yang peka tentang pembelajaran anak-anak di pra persekolahan.



Terima kasih Ustaz.




Majlis penyampaian cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Halim pengerusi Surau kepada semua pelajar PASTI. Cenderahari berbentuk Mug sangat cantik. Rugi sesiapa yang tidak memilikinya.






Inilah pengerusi majlis Ihtifal 2011 Cikgu Azmi. Terima kasih Cikgu. Kehebatan cikgu mengendalikan majlis ini sangat dihargai. Tahniah sekali lagi atas kejayaan majlis ini. Kejayaan sesuatu majlis bergantung kepada pengerusi majlis yang pandai mengendalikannya. Kami hanya menyokong sahaja daripada belakang.

Tuan Haji Hanafiah Mat menyamapaikan cenderahati kepada pelajar KAFA Alfalah.

Tuan Haji Hanafiah Mat menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hishamuddin. Ustaz Hishamuddin terpaksa bergegas ke Pasti Bukit Mentok bagi merasmikan Ihtifal disana pula.

Salah seorang ahli Jemaah tetap di surau diberi peluang menyampaikan cenderahati kepada pelajar KAFA Afnan.





Tuan Haji Tahir diberi penghormatan mencabut kupon bernombor dan seterusnya menyampaikan hadiah cabutan.



Kumpulan nasyid daripada pelajar Pasti.

Pelajar yang cemerlang dalam bercerita sehingga mewakili Pasti daerah ke pertandingan Pasti peringkat negeri yang diadakan di Besut.

Ustaz Hishamuddin sempat menyampaikan hadiah kepada pelajar Pasti yang cemerlang.










Tuan Haji Halim Menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hishamuddin.

Kumpulan nasyid daripada pelajar KAFA Alfalah

Ustaz Ahmad Ibrahim menyampaikan hadiah kepada pelajar KAFA AlFalah yang cemerlang.








Kumpulan nasyid daripada pelajar KAFA Afnan

Puan Hajah Zaiton (Kak Ton) AJK Muslimat Pas Kawasan Kemaman menyampaikan hadiah pelajar KAFA Afnan yang cemerlang.




















Puan Zahariah isteri kepada Tuan Haji Hanafiah Mat membuat cabutan bertuah seterusnya menyampaikan hadiahnya.





Tuan Haji Tahir menyampaikan cenderahati dan sijil kepada pelajar Pasti tahun akhir.



Puan Siti Khadijah (Mak Teh) isteri kepada Tuan Haji Tahir menyampaikan cenderahati kepada adik ahli jemaah yang menperbacakan ayat suci Al-Quran pada pembukaan majlis Ihtifal 2011.

Seterusnya menyampaikan cenderahati kepada guru-guru Pasti yang diketuai oleh Cikgu Zura.

Ustaz Faizan tenaga pengajar kepada KAFA Afnan

Kak Ton 

Guru Pasti

Guru Pasti

Guru Pasti

Guru Pasti

Ustaz Hassan tenaga pengajar KAFA Afnan

Wakil jasamu dikenang untuk Ustaz Syed yang memulakan kelas KAFA Afnan.

Guru KAFA Afnan

Guru KAFA Afnan


Cenderahati jasamu dikenang, bekas guru Pasti


Ustaz Faizan membuat cabutan nombor bertuah seterusnya menyampaikannya.




Cabutan nombor bertuah yang ke 20 dan terakhir satu set rak pinggang. Tahniah.

Ustaz Faizan menutup majlis dengan bacaan doa. Amin.


Tetamu yang hadir diberi layanan istimewa.Silakan makan, makanan sudah disediakan. Terima kasih.

Muslimin sila makan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun sebaliknya. Dan tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada penyumbang kewangan dan barangan bagi menjayakan majlis Ihtifal 2011. JazakaAllah. Majlis bersurai jam 11.30 pagi.

Inilah barangan yang cantik dan comel diberikan setiap seorang pelajar PASTI dan KAFA pada majlis Ihtifal 2011 kali ini. Kita jumpa lagi dilain program. Terima kasih semua. 

No comments:

Post a Comment