Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 12 November 2011

KULIAH MUSLIMAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BULANAN KEPADA FAKIR MISKIN DI SEKITAR KAMPUNG JAYA

Bagi penerima sumbangan, pihak kami memohon didaftarkan terlebih dahulu bagi menlancarkan program. Nama yang didaftarkan pada hari ini sahaja akan dipanggil untuk mengambil barangan sumbangan daripada pihak surau. Jika penerima yang keuzuran, wakilnya akan dimaklumkan untuk hadir bagi menerima sumbangan. Seramai 31 orang telah hadir dan menerima sumbangan barangan daripada Jemaah Surau yang terkumpul setiap bulan.


Apakata kita dengar kuliah yang akan disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin Abd Karim selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Kawsan Kemaman dan Pegawai Agama di Syarikat Petronas Kerteh. Di persilakan. Terlebih dahulu kami pihak surau memohon maaf kepada Ustaz dan para jemaah muslimat kerana kuliah diadakan diluar surau. Ini kerana pihak kami ingin membuat sedikit perubahan dan ingin mendapat responnya. Kami tunggu respon daripada anda semua.



Selama 1jam kuliah Ustaz berlangsung, yang mana Ustaz menekankan kepada pendidikan anak kita dizaman global ini. Pendidikan cara betul dan telus serta memberanikan diri anak untuk tampil dengan jawapan dalam sesuatu persoalan. Kupasan Ustaz agak anak kita berjaya nanti menjadi seorang insan yang taat kepada ibubapa, taat kepada Allah dan Rasul serta menjadi seorang yang soleh.


Inilah barangan yang telah terkumpul. Setiap penerima akan mendapat 2 kapit beras 5kg, gula 2kg, serbuk Teh1 kotak, gandum 1kg dan minyak masak 3kg. Alhamdulillah syukur. Dan terima kasih kepada penyumbang barangan. 

Program pembahagian sumbangan kepada fakir miskin ini sebenarnya tidak termasuk dalam agenda sehari bersama Ustaz. Tetapi pihak AJK surau mengambil kesempatan masa yang ada digunakan sebaik yang boleh. Terima kasih Ustaz. Dan terima kasih juga kepada AJK Surau yang datang menolong.




























Inilah sebahagian penerima sumbangan. Dan kepada mereka-mereka yang merasai dirinya fakir miskin atau warisnya atau jirannya atau sahabatnya atau kenalannya yang tiada dalam senerai pihak kami, sila berhubung dengan pihak surau untuk tindakan selanjutnya. Kami berharap keprihatin daripada anda semua untuk sama-sama membantu fakir miskin bagi meneruskan kehidupan mereka ini dalam keadaan barangan keperluan semakin naik harganya. Marilah bersama kami untuk meringankan sedikit kepayahan mereka ini. Dengan menghulurkan bantuan bulanan seperti yang tersenerai dan hantar kepada surau kami. Pihak kami tiada pilih kasih pada warna kumpulan,  dan bangsa. Apa yang kami berikan kepada mereka, adatnya yang layak dikaca mata kami.

No comments:

Post a Comment